Kenapa tak guna logo Pas dalam PRN Melaka? – Tuan Ibrahim
KUALA LUMPUR – Dalam keadaan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu bekerjasama dengan Pas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka – Tuan Ibrahim Tuan Man ada idea baharu.
“Oleh kerana semua parti bersetuju bekerjasama dengan Pas, elok kalau kita gunakan satu logo iaitu logo Pas dalam PRN Melaka nanti. Fikir-fikirkan,” tulisnya dalam status Facebooknya hari ini.
Idea Timbalan Presiden Pas itu ekoran kesediaan UMNO dan Bersatu bekerjasama dengannya namun masing-masing menetapkan penggunaan logo Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Melaka.
Ia juga kali pertama bagi Pas menggunakan simbol gabungan politik bagi menghadapi pilihan raya. –
1 ulasan:
D Melaka klu pakai lambang PAS,alamat balik awal semua.Org Mca tak trima parti belit kepale dgn towel.Mereka tahu warotad semua kaki kelentong.Jual air lior pun dah basi..
Catat Ulasan