Khamis, 21 Oktober 2021

PANDANGAN RAFIZI

 



Jangan kikis keyakinan rakyat, Rafizi tegur PKR

MENERIMA wakil rakyat yang berpaling tadah sehingga tumbangnya kerajaan negeri Melaka hanya akan menghakis keyakinan rakyat, kata bekas naib presiden PKR Rafizi Ramli.

Dalam satu catatan di Facebook hari ini, Rafizi berkata PKR perlu berhati-hati kerana wakil rakyat terbabit mempunyai rekod buruk dan akhlak yang tidak disenangi.

“Rakyat menjadi mangsa berdepan risiko wabak Covid-19 gara-gara perebutan kuasa dan kekayaan sesama pimpinan Umno/BN (Barisan Nasional)/(Perikatan Nasional).

“Mungkin ada keghairahan seorang dua pimpinan PKR yang melihat ini peluang untuk menjadi orang besar di Melaka, tetapi janganlah keghairahan itu mempengaruhi keputusan dengan mencari jalan pintas,” tulisnya.

Bekas ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau menerima mesej bertubi-tubi yang gusar mengenai tindakan Pakatan Harapan mengalu-alukan beberapa Adun kontroversi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Watak-watak ini mempunyai rekod buruk. Akhlak Adun yang suka memaki hamun bukanlah jenis calon yang kita mahu tampilkan.”

Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan pada 4 Oktober selepas empat wakil rakyat iaitu Idris Haron (Sungai Udang-BN), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor-BN), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu-Ind) and Noor Effandi Ahmad (Telok Mas-PN)  menarik balik sokongan mereka kepada Sulaiman Md Ali untuk terus menerajui kerajaan negeri.

Sulaiman yang hilang majoriti kemudian menasihati Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam untuk membubarkan DUN Melaka, yang memberi perkenan untuk pembubaran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin umum PRN Melaka akan diadakan pada 20 November dengan penamaan calon ditetapkan 8 November.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari, dengan pematuhan ketat peraturan pencegahan penularan Covid-19. – 20 Oktober, 2021.

 

PANDANGAN INI

MASUK AKAL

AMIN

TAPI DALAM POLITIK

MUSUH KEPADA

MUSUH KITA

IALAH KAWAN KITA

AMIN

MANA MUSUH

KECIL DAN MANA

MJUSUH BESAR

KHALAS

INI WAJIB

DIFAHAMI

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nasihat gwa kepada Pizi, biar saje la PKR! Pakatan Harapan hari ini tidak lagi ada roh dan jiwa rakyat, hanya wujud untuk menabal Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Khalas!

Baik Pizi dan orang Pakatan Harapan yang masih mementing negara dan rakyat Malaysia tubuh parti baru.

Tanpa Nama berkata...

seorang? dua orang? Ada tiga kan cukup korum three stooges dalam PH? dua lagi mengikut yang seorang.