Rabu, 13 Oktober 2021

SATU MALAM DI RANJANG

 

SATU MALAM

DI RANJANG


Pada tahun 1972 ketika aku di Universiti  Malaya aku pernah mendengar  S. Husin Ali  berkata : London is  a very lonely place..... Ini pengalaman Syed Husin yang pernah tinggal di London  ketika dia menyambung belajar untuk   menyediakan thesis Phd nya.

Demi Zeus pada ketika  aku mendengar kata-kata Syed Husin itu aku tidak  faham apa yang dimaksudkan dengan perkataan  lonely.  Apakah  lonely bermakna terpencil,  keseorangan  atau bersendirian. Duduk seorang diri dalam bilik – jasad bersendirian – tanpa berkongsi bilik.

 Pada hemat aku London kota terbesar dalam dunia – warga kota  10 juta lebih – mustahil menjadi  pekan sunyi  seperti Kuala Klawang  pekan kampung aku.

Bila aku sampai ke Wavre Belgium dalam tahun 1982 aku tidak merasa keseorangan.  Tapi aku hanya  merasa janggal kerana belum dapat bertutur Bahasa Perancis atau Belanda. Yang aku rasakan  ketika itu  hanya kerancakan  darah muda aku diganggu oleh   tembok bahasa.  Aku merasa sedang menjalani hidup tidak serancak ketika aku berada di Melbourne Australia.

Ada 10,000  lebih siswa-siswi  warga kampus Universite Catholik Louvain-la -Neuve – hanya aku  seorang pelajar dari Malaysia. Ini tidak mematahkan semangat aku untuk  terus berjihad memperkukuh  kemudaan aku. Mata aku  masih liar melihat Mademoiselle  Monique  dan Nathalie yang langsing, bergetah dan cun. Untuk aku usaha tangga kekayaan. Bahasa bukan halangan untuk mencari teman sebantal.

Falsafah ini  lahir dari  pengalaman  yang aku kumpulkan. Falsafah ini membuktikan bahawa untuk  mencari teman  ke ranjang tidak memerlukan kata bual yang banyak. 

Ketika di atas ranjang aku bukan menyampaikan kuliah sejarah Perang Vietnam atau membuat drama minggu ini. Justeru aku  sentiasa  bersendirian   tapi tidak pernah merasa keseorangan.   

Ini bukan bermakna  setiap malam aku  di Wavre aku  sentiasa berkongsi bantal dan tilam.  Ini  fakta salah. Banyak juga  hari, minggu dan bulan  di mana aku tidur  di bantal bersendirian sambil mata memandang ke dinding dan siling atap. Tetapi aku tidak pernah kesunyian.

Aku faham kenapa Janina – perempuan Melayu dari Tanjung Tok Kong  berani  membuat iklan diri untuk mencari  jantan di kota London.

Betina  mencari jantan untuk merayakan nikmat sex. Keberahian sex  adalah pemangkin utama perjalanan hidup manusia. Untuk aku hidup ini wajib diulami oleh  petai, kerdas dan jering dan disulami   oleh sex.  

Panggilan sex  dan seruan sex  dalam kota London tegak berdiri  terpampang dan terkangkang.  

Iklan, buku, poster,  wayang, kelab,  teater – semuanya melaungkan  keberahian sex. Warga kota diserang  bertalu-talu dengan imej sex. Dalam bas , dalam kereta api,  di atas jalan – sex menari-nari dan menggamit  di hadapan  mata.

Iklan yang terpampang semua bertanya : Bro ... malam ini lu  buat apa....’ 

Malah aku sendiri pun mengambil bahagian untuk  menjadi  budak jahat menyebar keberahian sex. Aku diajar jadi budak jahat oleh   Bobby anak muda Algeria  yang bekerja di dapur Garuda Restoran. Ilmu ajaran Bobby ini tidak akan aku lupakan.

Lewat malam – terutama dihujung minggu – satelah restoran  ditutup – Bobby dan  aku akan duduk di kaki lima depan  Garuda.  Sebotol Bintang dalam tangan Bobby dan segelas air anggur merah dalam tangan aku.

Kami memerhatikan    Madame,  Mak Cik, Kakak dan Adik yang lalu lalang di lebuh Shaftesbury Avenue. Mereka  mungkin telah selesai makan malam, telah selesai menuntun wayang atau teater. Sedang meleser   menikmati  London di waktu malam.

Bila Bobby ternampak  dua tiga Minah Cun yang berjalan  maka  Si Bobby ini akan melaungkan ‘ Woit Madam ... how are  you going to end up your night... ha ha ha...’ Bobby melaung dalam lorat Perancis. 

 Aku kemudian ikut mengulangi ayat Bobby dengan kuat. Kemudian kami akan  terbarai ketawa.  Laungan kami tidak pernah mendapat jawapan. Untuk kami ini ayat romantik, lucu dan menganjing.  Sebenarnya  Bobby dan aku juga akan pulang kosong hanya  bertemu bantal  dan kain selimut yang sudah basi.

‘ Macam mana date kamu dengan Christhoper Kelly... jadi ke tak jadi...’ Aku terus bertanya  bila saja aku   berjumpa Janina  di kedai kopi China di Charing Cross Road.

Aku mengangkat tangan memanggil Amoi pelayan. Bila Amoi sampai aku memesan kuih pau kacang merah dan kopi panas. Janina memesan air kacang soya panas.

 Kau nak tahu ke...” Janina tersenyum. Senyuman memanjang hingga sampai ke telinga.  Pada hemat aku ini tanda berjaya.

‘  How was your night ended madame... ... di rumah dia atau di  tempat kamu...’ Aku gelojoh nak tahu.

‘ Cisss... tanyalah aku .... makan apa... ‘ Janina membantah.

‘ Ok... cerita...’ Aku cuba sabar  menanti.

‘ Dia ok ... cool... restoran Almalfi tu klasik ... aku minta  sup sayur dengan pizza cendawan ... Kelly minta sup bawang dan  risoto cendawan... garlic bread ...‘ Janina menerangkan perkara yang aku tidak berminat untuk  mendengar dan mengetahui.

Apa yang aku nak tahu  ‘ score atau tak score’ . Score ini istilah anak muda bila dapat tidur dengan awek.

‘ Pizzanya best .... masak pakai dapur  kayu...’

‘ Woit...   buka seluar dalam atau  tidak ....... aku tak nak dengar cerita  pizza ... cerita sup ekor....’  Secara berseloroh aku mula menunjuk aku dah mula hilang sabar.

‘Kami dah jumpa dua kali... belum ada apa apa lagi... hujung minggu aku ada satu lagi date.....’ Janina menerangkan.

‘ Dengan yang  mana ..... ada gambar ..’

Amoi sampai membawa pesanan kami.

‘ Ini  spesial.... date spesial...single party ... ada syarikat uruskan soiree dalam satu hotel yang ditempah khas... kena bayar kalau nak join ini.... ujung minggu ni...aku akan pergi...’ Maklumat baru dari Janina.

‘ Ini apa ni... iklan dalam  Time Out ke?...’

‘ Ini dari akhbar The Guardian...’ Janina memberitahu. 

Bila aku dengar akhbar The Gurdian aku merasa lega. Kerana aku sendiri melanggan akhbar ini. Garis  politiknya sosial demokrat  – garis kiri liberal  yang tidak radikal. 

Warga London ada membuat pantun tentang pembaca  yang melanggan  The Guardian ini :
Lentil eating
Wine drinking
London living
Labour voting
Guardian reading

Kebanyakan pembaca The Guardian ini vegeterian, vegan,  ramai  tinggal di London dan rata-rata menjadi penyokong dan pengundi  Parti Buruh.

‘ Jadi semua yang datang nanti pembaca  Guardian...’ Aku meminta kepastian.

Ketika ini baru  aku sedar apa yang telah dilafazkan  oleh Syed Husin pada aku tahun 1972 dahulu – London is a very lonely place.

Aku merasa agak terperanjat  dan juga tersenyum apabila mendapat tahu tentang wujudnya  syarikat   yang menjalankan perniagaan   untuk mempertemukan  jantan dengan betina. Ini bukan perniagaan rumah merah seperti di Lorong Haji Taib. Pertemuan ini dianggap lebih sopan dan ada kelas.

Aku terfikir dan bertanya kenapa  dalam keramaian ini masih ada yang keseorangan.  London sentiasa penuh dengan makhluk.  Mereka berjalan berasak-asak di jalan raya  atau  duduk berhimpit-himpit sebelah nyebelah dalam tube . Sayangnya   mereka tidak bertegur sapa untuk kenal mengenali.

Badan berasak-asak raba meraba. Pergi tersepak pulang terlanggar. Tapi  tidak pernah  bertegur sapa.  Kalau terlanggar hanya berkata ‘ I’m sorry.’ Tidak lebih.

Awas!  Jangan cuba menegur sosok yang tidak dikenali.  Menegur  sosok yang  tidak dikenali dianggap perangi ganjil  lagi salah.  Dan mungkin dianggap gila. Silap-silap boleh ditangkap polis – mengganggu orang ramai.

Aku ingat lagi Emak dan Abah aku datang melawat aku kali pertama musim panas  tahun 1983 – satelah 10 tahun aku menghilangkan diri. Ketika itu aku duduk di Wavre.  Aku sambut emak dan abah aku di London. Kami menumpang rumah Yunus Ali  di Stratford E17.

Satu pagi ketika  kami sekeluarga   di stesen Stratford  aku nampak  ramai anak-anak muda Mat  dan Minah Salleh.  Minah Salleh memakai baju kurang kain  yang menampakkan  tubuh badan mereka untuk menyambut Sang Suria.

Emak dan abah aku memerhatikan perangai  jantan betina anak-anak  Mat Salleh.  Mereka kucup mengucup. Peluk memeluk.  Cium bercium.   Ada betina duduk atas riba jantan. Ada jantan duduk atas riba  betina. Mereka  bergonjeng gembira dalam perjalanan hendak masuk ke  pusat kota London.

‘ Sam.... budak  budak ni... dopan kito ni ... dah kahwin ko bolum...’ Soalan hakiki dari emak  aku seorang guru pencen. 

‘ Eeheh... Mak .. mak ooi... jangan jangan... di sini pekara-pekara macam ini orang tak tanya.... ini  bukan hal kita...’ Aku memberi jawapan  ringkas. Tetapi dalam masa yang sama aku faham apa yang  menimbulkan soalan  - dah kahwin atau belum ini.

Aku juga sedar apa yang sedang berlaku di hadapan  mata  Zaleha binti Sidek dan Rais bin Manaf satu yang menakjubkan.

Aku rasa Emak dan Abah aku tidak pernah melihat  orang bercium secara terbuka. Jauh sekali kecupan  yang lama. Aku rasa Mak aku bukan nak jaga tepi kain orang tapi ada naluri ingin nak tahu apa yang  berlaku di hadapan mata.

Aku menggamit Amoi pelayan. 

‘ Mungkin ada yang lain.... yang bukan pembaca Guardian...’ Janina  berkata dengan harapan  ‘ soiree ‘ hujung minggu ini dia akan  dapat bertemu jantan yang lebih ramai.

‘ Pasang laaa jala betul betul... jangan bawa jala koyak... semua ikan lepas lari....’ Aku ketawa  memberi kata-kata metafora  akhir untuk petang itu.

Amoi pelayan datang. Aku membayar bil dan kami  terus berundur. Aku menapak pulang  ke tempat  kerja.

Ketika menapak pulang aku terfikir dan  memahami pengalaman Janina ini. Janina  bukan pencari ONS – one night stand – hanya   satu malam di ranjang. Aku yakin kawan aku  Janina sedang mencari LTR – long terms relationship.  Mencari bakal teman hidup. 

Janina bukan macam aku. Aku lain. Aku ini binatang jalang. Dari kumpulan terbuang. Setiap kali aku ternampak  Minah Cun aku akan  memasang jala.

Pernah di satu musim panas ketika London dipenuhi oleh pelancong dari seluruh dunia -  dua pelancong Amerika telah datang ke Garuda.  Seorang Minah Salleh dan seorang Minah Jepun warga Amerika dari San Francisco.

 Aku rasa umur mereka baru nak masuk tiga puluhan.  Masih cun ,  bergetah dan mengancam.

Entah dari kitab mana aku pernah terbaca cara-cara mengayat perempuan. Rukun pertama yang wajib dipatuhi jika ingin berjaya mengayat  perempuan :  jangan sesekali tanya umur mereka. Pandang  tubuh badan dan agak-agak sahaja umur si Minah itu.  Mengikut ajaran kitab ini bab umur ini amat sensitif  untuk perempuan.

Malam itu ketika menghidangkan makanan  ke meja  pelancong Amerika  ini  kejantanan aku tergoda.  Mungkin kerana aku telah banyak makan sotong menjadikan testosteron  aku melimpah. Aku tak tahu kenapa  Minah Jepun menjadi tarikan.  Mungkin Minah Salleh berambut blonde  telah  tidak menggelorakan testosteron aku. 

Mungkin dah  selalu  minum Earl Grey English Tea  maka aku nak bertukar  selera merasa  Green Tea dari Jepun.

‘ Where  ... you people staying ..’ Aku  bertanya  sambil memberi senyum.

‘ Near Russell Square...lodging house... ‘

‘ That’s near SOAS – University of London ... I’m member of their  library.... not far from here...’  Aku mula menjual diri. Aku  sengaja mengumumkan bahawa aku juga  kaki baca buku. 

SOAS - School of Oriental and African Studies ini aku tahu. Memang benar aku menjadi ahli library SOAS. Ini kerana di  London hanya library SOAS  yang melanggan  majalah mingguan ERA yang terbit di Kuala Lumpur. Majalah Era dikendalikan oleh sasterawan Baha Zain. Aku pula menjadi penyumbang tulisan dari Eropah.

Esoknya ketika masa rehat aku pergi ke  mencari rumah tumpangan di Russell Square. Dua Minah Amerika   tak ada di bilik. Aku tinggalkan nota kecil dan mempelawa mereka datang sekali lagi ke Garuda. 

Ha Ha. Malam itu  jala aku terlekat. Minah Jepun – Ichika  datang bersendirian.

‘ Where is  your partner... ‘ Aku bertanya dengan penuh  kesyukuran.

‘ She  need a rest.. too tired tonight...’  Ini jawapan  yang aku tafsiran sebagai kerdas muda yang tersedia untuk dijadikan ulam.

Satelah Garuda ditutup  aku dan  Ichika   menapak ke Madam Jojo  di Soho untuk mendengar muzik.   Air anggur melimpahkan lagi testosteron aku. Bukan muzik  yang aku dengar  tapi tangan aku merayap merayau mencari butang seluar Levis 501.

Akhirnya kami mengambil teksi dan pulang ke 44 New Mill House Bromley -by - Bow. Malam itu  bukan Jepun melanggar  Tanah Melayu tapi Tanah Melayu melanggar Jepun.

Esoknya aku lepas minum pagi aku hantar Ichika ke stesen kereta api bawah tanah Bromley-by Bow.

‘ Bye bye.... see you when I see you.’ Satu kucupkan untuk selamat jalan. Nasib baik Cik Gu Zaleha dan Rais Manaf tidak ada di stesen.

Inilah dinamakan ONS – one night stand. Tidak ada dakwa dakwi. Tak ada janji janji.  Inilah pertemuan jantan mencari betina dan betina mencari jantan . (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARLAN DALAM PORTAL 
MALYSIA NOW.COM 
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/10/13/satu-malam-di-ranjang/



3 ulasan:

Unknown berkata...

Kota london pasti akan lebih indah kalau ada budaya dalam tube kalau terlanggar terus cakap, ‘maafkan saya sebab terlanggar, boleh saya seterusnya pegang cipap awak?’. Dalam nat geogrfic aritu ada tengok kat jepun dorang simpan hutan tebal. Nengokkan cara nak kene belek belek sket ntah la.. pertemuan dua orang asia dari dua negara berbeza, tak ada sekatan bahasa tak ada cinta tak ada rasa kekok hanya bahasa badan berbicara dalam nada berahi.. Oh lurah dendam kesumat akhirnya engkau ku takluk…

panglimo potaseh berkata...

PhD. di perolehi melalui tesis ..nulis tesis melalui PhD ngambil masa yg panjang dan berseorangan dan LONELY ..lain lah coursework, yg perlu hadiri kelas, dlm coursework tu lu boley jumpa mcm2 awek, gurau2 nasib baik lu dapat entot. Bila dapat PhD lu di gelar "dog" atau Dr. Cantiknye di Malaya ni orang bangang pon boley dapat PhD, ..ingat tak Dr Fadlee, Dr Boy Iman, Dr Vida kahkahkah ..Dr Zahid ..Dr Persuratan lain kita tau jasa dan pemikiran mereka ..kata lah tetiba ada Dr Rosmah ..

panglimo potaseh berkata...

Gwa pirnah baca buku El-Arqam karangan bekas Arqam ..antara bab nye nyeritakan aktiviti sex mereka, pompuan di perlakukan mcm ternakan utk sex. Dan apa yang di alami oleh masarakat London dan TT tu lebih sopan dan lebih menghormati kaum wanita ..tu sebab Al-Pacino menghormati wanita hingga memberi taraf capap wanita yg di cintai setaraf surga.