Rafizi tegur PH kerana terima wakil rakyat kontroversi di Melaka
KUALA LUMPUR – Keghairahan segelintir pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengalu-alukan beberapa wakil rakyat kontroversi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ditegur Rafizi Ramli.
Mantan Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden PKR itu berkata, rakyat akan menilai perkara itu.
“Mungkin ada keghairahan seorang dua pimpinan PKR yang melihat ini peluang untuk menjadi orang besar di Melaka, tetapi janganlah keghairahan itu mempengaruhi keputusan dengan mencari jalan pintas,” katanya dalam hantaran media sosialnya hari ini.
Terdahulu, menurut Rafizi, beliau menerima mesej yang bertubi-tubi menyatakan kegusaran tindakan mengalu-alukan beberapa watak kontroversi dalam menghadapi PRN Melaka.
Beliau dipercayai merujuk kepada penerimaan PH terhadap beberapa wakil rakyat Melaka yang berpaling tadah sehingga menjatuhkan kerajaan Melaka dan kini diraikan PH baru-baru ini termasuk Ahli Dewan Undangan Pengkalan Batu, Norhizam Baktee.
Rafizi berpandangan, watak-watak itu mempunyai rekod dan berakhlak buruk kerana suka memaki hamun dan tidak sesuai sekiranya mahu dijadikan calon.
Menurut Rafizi, pandangannya dibuat atas rasa tanggungjawab sebagai seorang rakyat, pengundi dan aktivis veteran PKR dan PH selama ini.-
2 ulasan:
Yea botul Tuan TT.
Saudara Razifi mohon segera kembali.
Kalau tak dapat ambil alih PKR, join dengan Syed Sadiq majukan ke depan dengan Parti Muda. Bawa bersama mereka yang jujur seperti anda, pasti rakyat yang dahagakan kebenaran akan menyokong penuh.
TOLONG SEGERAKAN sdra Rafizi.
Ya setuju jujur...
Dia jugak tak pergi sheraton untuk MELAKAR SEJARAH...
isyam marah kaaaa??? Marah nanti kena jual....
Catat Ulasan