Zahid tahu dana Yayasan Akalbudi disalah guna, kata pendakwaan
SEJAK 2014 lagi Ahmad Zahid Hamidi tahu beliau menyalahguna dana Yayasan Akalbudi dan cuba menutup perbuatannya, kata pendakwaan pada perbicaraan kes rasuah melibatkan presiden Umno itu hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran ketika berhujah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah berkata terdapat bukti jelas Zahid mengetahuinya kerana tertuduh berhenti membayar bil kad kredit menggunakan cek Yayasan Akalbudi selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan