Perang parti Melayu di PRN Melaka
WALAUPUN Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan Melaka hampir sama kerana kedua-dua Ketua Menteri Shafie Apdal dan Sulaiman Md Ali membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka selepas hilang sokongan majoriti, Melaka akan menjadi perjuangan yang sangat berbeza berbanding Sabah.
Dari segi kepentingan kepada landskap politik negara, PRN Melaka pada 20 November akan menjadi perebutan kuasa dalam kalangan parti Melayu dengan saingan utama adalah Umno dan Bersatu, serta sedikit sebanyak PAS.
Bagaimanapun di Melaka, kedua-dua PN dan BN akan menyasarkan untuk memenangi 19 kerusi majoriti Melayu. Kemenangan ini penting bagi kedua-dua pihak kerana ia penunjuk prestasi mereka di kerusi persekutuan majoriti Melayu 100-110 di Semenanjung Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Kemenangan di Melaka juga akan menjadi simbolik memenangi hati kaum Melayu, kerana walaupun negeri kedua terkecil itu tidak dianggap sebagai negeri “Melayu” (berbanding dengan Kedah, Kelantan dan Terengganu), namun ia adalah asas sistem beraja Melayu. Dari Melaka asal usul kerajaan Johor, Perak, Selangor dan Pahang.
1 ulasan:
Orang Melaka bodoh sahaja yang sanggup kelur mengundi. Mereka yamg cerdik kata, MALAS, TAKDA MOOD.
Catat Ulasan