Isnin, 1 November 2021

BERKHALWAT HARI KE 591

 



KHALWAT KE 591
SENIN  1/11/20021
KITA MASUK KE HARI 591
BERKHALWAT

PKP 4.0
KES BARU 4000++
KES SEMBUH 6000++
INI BERITA BAIK

PRN MELAKA
PKR KENA KOMPAUN
KAH KAH KAH
UMNO JUGA KENA KOMPUAN
KAH KAH KAH

BILA KEMPEN BERJALAN
BERAPA RAMAI LAGI
AKAN KENA KOMPUAN
KAH KAH KAH

WOW
CARA TERBAIK
MENGUMPUL DANA NEGARA
LEBIH SOPAN DARI GST
KAH KAH KAH

PAGI INI HOKKIEN LEMBAB
RUMPUT KERING BASAH
RENYAI KELMARIN

ADA SAEKOR BURUNG
CHIIIIP CHIIIIP CHIIIIP
SUARA KUAT TAK HENTI HENTI
GUA TAK TAHU
BURUNG APA
GUA PERHATI TAPI TAK NAMPAK
DIA DUDUK ATAS POKOK RIMBUN

KAMI MELINTAS 
WILAYAH ANJING LIAR
PENGHUNI HOKKEIN
PAGI INI TUAN RUMAH ADA
MEREKA MENYALAK MARAH

ANJING BINATANG BERWILAYAH
MEREKA KENCING
UNTUK MEMAGAR WILAYAH
SAPA LALU DEKAT
AKAN DISALAK

TAK TAK DAN EZI
BUAT DONNO
LINTAS DEPAN MEREKA
TAK AMBIL POT

KEMUDIAN 
TAK TAK DAN EZI
DUDUK TEPI JALAN
MEMBERSIHKAN KAKI
KAH KAH KAH

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUM

BRO
LU BOLEH MENILAI
WATAK SESEORANG
HANYA DENGAN MELIHAT
BAGAIMANA DIA MENYANTUNI
SOSOK YANG DIA
TAK ADA KEPENTINGAN
DENGAN SOSOK ITU

BRO
RAMAI KITA
TAK MENGIRA DUIT
BILA BERBELANJA
BILA NAK HABIS
BARU SEDAR
RAMAI JUGA BUAT MACAM INI
DENGAN MASA

BRO
TAKADA YANG LEBIH
MUSTAHAK DARI
HARI INI

BRO
DALAM BANYAK PENYAMUN
YANG BANGANG ADALAH 
YANG  PALING BAHAYA
DIA CURI MASA KITA
DAN DIA POTONG STIM
MOOD KITA

BRO
KALAU LU SANTUNI SOSOK
ITU SAPERTI DIRINYA
MAKA DIA AKAN TERUS 
JADI DIRINYA
TAPI JIKA LU SANTUNI DIA
SEPERTI  DIA BOLEH MENJADI
DAN MUNGKIN MENJADI
MAKA 
DIA AKAN MUNGKIN
BOLEH MENJADI

BRO
BERJAYA MENDAPAT
APA YANG DICITA
TIDAK PENTING
YANG PENTING
APA AKAN LU JADI
SATELAH BERJAYA MENCAPAI
APA YANG DICITA

BRO
JANGAN LUPA
TERUS INGAT
UNTUK HIDUP

BRO
HIDUP INI
TERLALU PENDEK
UNTUK MINUM
 AIR ANGGUR MURAH

BRO
APA YANG LU TAK MULAKAN
PAGI INI
IANYA TAK AKAN SELESAI ESOK

BRO
KESANGSIAN
HANYA AKAN HILANG
JIKA LU BERTINDAK

BRO
KALAU LU BERHENTI
BERCINTA
DAN TAK BUAT SILAP
ERTINYA LU TELAH
DIKAMBUS HIDUP HIDUP

BRO
KITA MUNGKIN TAK BANYAK BERCAKAP
JIKA KITA SEDAR
BETAPA BANYAKNYA
 SILAP FAHAM
DARI PERCAKAPAN

BRO
KEINGINAN YANG PALING
 BANGANG
IALAH KEINGINAN
NAK MENYEDAPKAN
HATI SEMUA ORANG

APA YANG DIUCAP
DARI DALAM HATI KITA
AKAN MEMENANGI HATI YANG LAIN
MASUK KE HATI KITA

BRO
KALAU LU NAK SIMPAN RAHSIA
LU MESTI SOROK
YANG LU ADA RAHSIA

BRO
SIAPAKAH SOSOK
YANG GEMBIRA BAHAGIA?
YANG GEMBIRA BAHAGIA
IALAH SOSOK
YANG MEMBERI PENGHORMATAN
PADA KEUPAYAAN ORANG LAIN
DAN GEMBIRA ENJOI
MACAM IANYA KEUPAYAAN DIRINYA

BRO
SOSOK  YANG
PALING BAHAGIA
TAK KIRA  DIA PAK TANI
ATAU DIA RAJA
BILA DIA DI RUMAH
DIA BERTEMU AMAN DAMAI

BRO
YANG LEPAS  TAK DAPAT
DI TEMUI KEMBALI
YANG WUJUD IALAH SEKARANG
UNTUK KITA MEMBINA
YANG  BARU YANG LEBIH BAIK
LEBIH INDAH
 DARI YANG LEPAS
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: