Kewangan negara kritikal salah Pakatan, Perikatan, kata Najib
KESILAPAN pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin dalam membuat keputusan menjadi punca keadaan kewangan negara semakin meruncing, kata Najib Razak.
“Ini adalah bajet terbesar dalam sejarah negara dengan defisit yang masih tinggi. Bajet ini juga penuh risiko apabila kerajaan terpaksa meminjam lebih banyak dana sedangkan unjuran pendapatan kerajaan masih rendah.
“Bagi saya keadaan ini berlaku disebabkan beberapa keputusan dan tindakan salah yang diambil oleh kerajaan-kerajaan yang dibentuk selepas PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) dan terpaksa ditanggung oleh kerajaan hari ini,” kata semasa perbahasan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.
Kesilapan tersebut antara lain memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), meningkatkan kebergantungan pada hasil minyak, menakutkan pelabur dengan momokan kononnya negara sedang bankrap dan penjualan aset-aset negara, jelasnya. – 1 November, 2021.
3 ulasan:
Jika Rosmah bini tua, siapa bini muda Najib, lawar ke, muda ke, mengancam lagi ke, ada gambar? TT ada berani ke letak gambar bini muda Najib????
Tak betul, TT. Kesilapan terbesar Pakatan bebas Anwar dari penjara. Kesilapan terbesar Pakatan angkat Anwar sebagai boss. Kesilapan terbesar Pakatan, percaya karut Anwar. Kesilapan terbesar Pakatan ialah Anwar.
kesilapan paling besar pakatan ialah membebaskan anwar
Catat Ulasan