Sejarah BN berakhir: Muhyiddin sebenarnya tertekan – Bung Mokhtar
TELOK MAS – Sejarah Barisan Nasional (BN) di negara ini tidak pernah berakhir, sebaliknya Muhyiddin Yassin sendiri dilihat tertekan dan gagal menyaingi keupayaan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Bung Mokhtar Radin berkata, pengerusi Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin tertekan apabila sanggup mengeluarkan tohmahan tidak berasas terhadap BN.
“Apa boleh buat, ini negara demokrasi, kita terima cuma Insya-Allah sebetulnya siapa yang mengeluarkan kata-kata itu, mereka dalam keadaan tertekan.
“Saya cukup yakin UMNO-BN adalah parti yang mempunyai organisasi cukup kuat dan matang dan tidak ada parti yang berstruktur sebegini.
“Parti baharu ini cuba mengikuti langkah UMNO-BN tapi mereka tak dapat mencapainya dan (tiada) arah tuju,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Khamis lalu, Muhyiddin dalam ucaptamanya pada Pentas PRN Melaka PN di Shah Alam berkata, sudah sampai masanya landskap politik negara berubah dan sejarah BN berakhir.
Menurut Muhyiddin, selepas enam dekad penguasaan BN, rakyat telah berubah dan lebih terbuka berikutan penguasaan teknologi maklumat banyak memberikan pengetahuan baharu.
Bung juga melahirkan rasa kesal dengan sikap yang ditunjukkan bekas Perdana Menteri itu yang sanggup mengeluarkan kata-kata yang menghina parti yang menempah namanya dalam politik.
“Akhirnya mereka tertekan dan mengeluarkan pelbagai perkataan yang tidak seharusnya dilontarkan oleh seorang bekas Perdana Menteri dengan ungkapan yang tidak sedap didengar.
“Biarlah dia, biar rakyat menentukan hala tuju masa depan negara kita ini,” katanya lagi.
2 ulasan:
Klu nak dengar Bong Kebinatang cakap,lebih baik dengar tiang bercakap.Betul TT sepatutnya kluster makamah cepat2 campak dlm penjara..
Dalam politik serang menyerang adalah sangat ganjil. Lazimnya musuh memuji antara satu sama lain.
Catat Ulasan