Sabtu, 27 November 2021

ORANG RAMAI SOKONG KHAIRY

 





Adakan PRU dalam masa terdekat tindakan tidak bertanggungjawab – KJ

PUTRAJAYA – Langkah mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam waktu terdekat ini merupakan tindakan tidak bertanggungjawab kerana situasi semasa tidak mengizinkan.

Lebih-lebih lagi kemunculan varian baharu B.1.1.529, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. 

“Saya telah bincang perkara ini dengan pakar-pakar dan pandangan KKM adalah PRU sebenarnya boleh dielakkan.

“Macam PRN (Pilihan Raya Negeri) Sarawak tak boleh dielakkan sebab dah tamat tempoh, PRN Melaka tak boleh dielakkan sebab dibubarkan Dewan Undangan Negeri.

”Bagaimanapun PRU tidak perlu dipanggil lagi dan KKM berpandangan tidak sesuai diadakan PRU pada waktu ini,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Khairy berkata demikian menjawab pertanyaan wartawan berhubung cadangan beberapa pemimpin politik yang mahu PRU diadakan segera susulan keputusan yang dicapai pada PRN Melaka, minggu lalu.

Menurut Khairy lagi, dua lagi perkara penting yang perlu diambil kira untuk mengelak PRU diadakan adalah keadaan kes yang masih lagi membimbangkan serta kemasukan ke hospital yang semakin meningkat.

“Saya rasa kalau diadakan PRU pada ketika ini sangat-sangat tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Katanya, perkara itu perlu dilaksanakan dengan mengambil contoh negara luar yang melakukan pilihan raya dalam situasi pandemik wabak masih wujud. 


KAHIRY BETUL

DALAM HAL INI

AMIN

ORANG RAMAI

WAJIB SOKONG

PANDANGAN KKM

AMIN

BAHAYA VARIAN

BARU

AMIN

BAHAYA VARIAN

LAMA

AMIN

BAHAYA UNTUK

ORANG RAMAI

AMIN



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nama penyakit baru ini omicron. Delta masih berlegar legar, lambada juga masih belum sampai. Khabarnya ia virus yang paling bijak dan paling kuat. Sudah kebal vaksin. Benar benar bu Gaia marahkan bani manusia. Kalau dahulu pasti dara sunti dikorbankan. Mungkin sekarang, hanya perlu kitar semula plastik dan tamatkan saja loji nuklir.