Akar umbi mahu Rafizi kembali ke pentas politik sebelum PH tersungkur
KUALA LUMPUR – Kekalahan Pakatan Harapan (PKR) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah mencetuskan seruan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat KR, Rafizi Ramli untuk kembali ke pentas politik.
Tinjauan mendapati bukan sahaja dalam kalangan akar umbi PKR, malah akar umbi Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP juga turut menyeru agar ‘arkitek’ kemenangan PH pada PRU-14 itu kembali ke lapangan membantu PH kembali ke landasan, kata Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Sabah, Razeef Rakimin.
Dakwanya, Rafizi sebelum ini menjadi arkitek di sebalik penubuhan PH dan antara individu yang membantu penubuhan PAN bagi menggantikan Pas yang dikatakan bersekongkol dengan UMNO pada ketika itu.
Rafizi melalui Invoke di bawah seliaan beliau telah turun ke lapangan dan melalui gerak kerja beliau berjaya membantu PH menumbangkan BN yang telah mentadbir selama enam dekad.
”Namun setelah berjaya menawan Putrajaya pandangan dan kritikan Rafizi mula ditolak pimpinan PH.
”Teguran Rafizi berkaitan ‘kartel’ dalam PKR juga tidak diendahkan sehingga berlaku Langkah Sheraton yang menyaksikan pengkhianatan ‘kartel’ dalam PH dan tumbangnya kerajaan PH yang hanya memerintah selama 22 bulan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Razeef berkata, keputusan PRN Melaka menyaksikan PH kehilangan lapan kerusi yang disandang iaitu tiga kerusi dari PKR, empat dari DAP manakala satu kerusi dari Amanah.
Ini merupakan kekalahan paling teruk dialami PH terutama PKR yang tewas di kesemua 11 kerusi yang ditandingi.
Dapatan di media sosial terutama Facebook memdapati akar umbi PH mahu Rafizi kembali ke politik dan membantu PH bagi menghadapi PRN Sarawak yang dijangka berlansung pada bulan Disember ini.
Rata-rata pengguna Facebook menyatakan Rafizi perlu segera kembali dengam strategi yang beliau ada atau PH akan tersungkur pada PRU-15 akan datang. –
1 ulasan:
Melaka dah dijahanamkan sebab bawa masuk katak-katak, kali ini Sarawak pula! Kah! Kah! Kah! Kah! Lepas tu terajang Anwar ! Kah! Kah! Kah!
Catat Ulasan