Isnin, 15 November 2021

SEORANG LAGI BELOT

 


1MDB: Saksi dakwa Najib tidak pernah beri arahan jangan ikut cakap Jho Low

KUALA LUMPUR – Najib  didakwa tidak pernah memberi sebarang arahan supaya tidak mengikut arahan Low Taek Jho atau Jho Low dalam urusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dakwaan itu dibuat oleh saksi pendakwaan ke-10, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman dalam prosiding yang membabitkan bekas Perdana Menteri itu dalam penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

Malah, dakwa Mohd Hazem, Najib tidak pernah cuba memisahkan dirinya (dissociate) dirinya daripada Jho Low.

“Najib dan Jho Low sangat rapat. Saya patuh kepada semua arahan yang diberikan kepada saya oleh Jho Low kerana itu adalah arahan daripada perdana menteri sendiri.

“Ketika bermesyuarat di Langgak Duta, Jho Low dan Najib juga kelihatan sangat rapat,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa,  Gopal Seri Ram di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah.

Ketika Sri Ram bertanya adakah saksi mendapat manfaat daripada sebarang transaksi dana 1MDB, Mohd Hazem hanya menafikan dakwaan tersebut.

Dalam prosiding sebelum ini, pembelaan pernah berhujah Mohd Hazem antara yang berkemungkinan mendapat manfaat besar daripada pemindahan keluar dana 1MDB setelah berpakat bersama-sama Jho Low dan beberapa lagi individu.

Prosiding bersambung jam 9 pagi ini.


SORANG LAGI

 BELOT

AMIN

SORANG LAGI

JADI KENG

AMIN

JELAS NAJIB

JADI BARUA

JO LO

AMIN

NAJIB JADI

BONEKA 

CHINA MERAH

AMIN

MASIH ADA 

LAGI MELAYU

TAK SEDAR

KHALAS

Tiada ulasan: