Isnin, 8 November 2021

TAKUT SRI RAM

 



Najib, Shafee gagal gugur Sri Ram dalam perbicaraan kes mereka

MAHKAMAH Rayuan hari ini menolak permohonan Najib Razak dan peguamnya Muhammad Shafee Abdullah untuk membatalkan kelayakan Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) kanan dalam perbicaraan kes masing-masing.

Ketika menyampaikan keputusan tersebut, hakim Yaacob Md Sam yang mengetuai panel tiga hakim bersama Lee Heng Cheong dan Che Mohd Ruzima Ghazali berkata ia adalah keputusan sebulat suara.

“Kami tidak ragu-ragu Sri Ram lebih layak dan sesuai untuk dilantik sebagai TPR kanan.

“Kami berpendapat Mahkamah Tinggi tidak silap dalam menolak permohonan semakan kehakiman perayu.

“Kami tolak kedua-dua rayuan itu, kami sahkan keputusan perintah Mahkamah Tinggi,” kata Yaacob semasa prosiding dalam talian yang dibuat melalui aplikasi Zoom.

Terdahulu, Shafee mewakili Najib manakala peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Shafee merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman mereka untuk melucutkan kelayakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu.

Pada 28 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan pelantikan Sri Ram sebagai sah.

Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk melucutkan kelayakan Sri Ram sebagai TPR kanan dalam kes berkaitan 1MDB pada Disember 2018.

Shafee turut memfailkan semakan kehakiman bagi mengugurkan Sri Ram daripada perbicaraan pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta.

Mereka mencabar kesahihan pelantikan Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan dalam semua perbicaraan mereka.

Yaacob berkata, Parlimen, dalam meminda seksyen 376(3) Kanun Prosedur Jenayah, berhasrat untuk memberi kuasa kepada Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PR) untuk melantik mana-mana individu yang difikirkan sesuai sebagai TPR kanan.

“AG (merangkap) PR berpuas hati Sri Ram adalah seorang yang layak dan sesuai mengikut pengertian seksyen 376(3) Kanun Prosedur Jenayah ketika itu ketika Sri Ram dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

“Perayu perlu membuktikan Peguam Negara bertindak melanggar undang-undang dalam pelantikan itu atau Peguam Negara atau PR bertindak secara niat jahat. Kami berpendapat perayu telah gagal berbuat demikian,” kata Yaacob.

Peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili kerajaan, Peguam Negara dan Sri Ram sebagai responden.

Shafee juga hadir dalam talian dari New York dengan menggunakan Patung Liberty sebagai latar belakang aplikasi Zoom beliau.

Perbicaraan 1MDB bekas perdana menteri Najib disambung esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan Sri Ram terus mengetuai pendakwaan. – 8 November, 2021.

ROSMAH TAKUT

SRI RAM

AMIN

NAJIB TAKUT

SRI RAM

AMIN

SHAFEEE TAKUT

SRI RAM

AMIN

KENAPA MEREKA

TAKUT PADA SRI RAM

JENG JENG JENG

APA ADA DENGAN

SRI RAM

JENG JENG JENG

KENAPA NAK

TOLAK SRI RAM

JENG JENG JENG

ADA RAHSIA

APA DENGAN

SRI RAM

KHALAS

Tiada ulasan: