Isnin, 13 Disember 2021

BUDAK -BUDAK ANWAR

 



‘Saya tidak pandai 

menilai orang’,

 Dr M kesal pernah

 sokong Najib, Anwar


Dr Mahathir Mohamad mengakui bukanlah seorang penilai watak yang baik dan berkata perkara ini boleh dilihat kepada sokongan yang pernah diberikannya kepada beberapa individu untuk mendaki tangga politik namun kemudian mereka memusuhinya.

Pada 2003, Mahathir menamakan Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya ketika melepaskan jawatan perdana menteri.

Beliau juga pernah menyatakan sokongan kepada Najib Razak, selain turut menyokong dua bekas timbalannya Musa Hitam dan Anwar Ibrahim sebagai orang yang difikirkan mampu untuk mentadbir negara ketika penggal pertama pentadbirannya.

“Sekarang, bila kenang semula, saya tertanya apa yang semua ini tunjuk tentang saya. Saya banyak buat pilihan yang tak bagus,” tulisnya dalam salah satu dari 13 bab “Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia”, memoir terbarunya yang antara lain menceritakan versinya tentang beberapa peristiwa besar yang berlaku semasa menerajui kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Pilihan yang saya buat menunjukkan bahawa saya tidak pandai menilai orang. Mungkin saya letakkan harapan yang besar terhadap mereka. Sudah tentu mereka tunjukkan potensi yang kuat untuk memimpin, namun apabila mereka sudah dapat kuasa, mereka terus berubah.

“Saya lihat hal sedemikian berlaku berulang kali.”

Dalam bukunya yang dilancarkan semalam, Mahathir menjelaskan secara panjang lebar tentang pengalamannya bersama Anwar.

Katanya, lelaki itu dinamakan sebagai pengganti beliau sebanyak dua kali, namun cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri tidak pernah menjadi kenyataan.

Mahathir turut berpandangan Anwar yang pernah berkhidmat sebagai timbalannya pada 1990-an dan kemudian dipecat daripada kerajaan pada 1998, mengulangi kaedah yang sama dengan memaksa beliau meletakkan jawatan bagi membolehkannya menjadi perdana menteri.

Di bawah perjanjian antara parti gabungan PH, Anwar dikatakan akan mengambil alih kepimpinan dari Mahathir, namun ia tidak berlaku berikutan kejatuhan kerajaan 22 bulan itu selepas perselisihan faham mengenai tarikh peralihan kuasa yang dijanjikan.

Mahathir berkata peralihan yang dijanjikan itu hanya secara “lisan”, dan hanya akan berlaku “selepas saya menyelesaikan kekusutan yang ditinggalkan Najib”.

“Tiada tempoh sebenar diletakkan, tetapi saya dianggap tidak akan berkhidmat bagi penggal penuh.”

Mahathir berkata permintaannya untuk “tambahan masa” tidak dipersetujui Anwar.

“Hanya Anwar yang berikan tekanan kepada saya untuk tinggalkan pejabat saya lebih awal,” kata Mahathir, menjelaskan parti-parti lain bersetuju untuk membenarkan beliau kekal sebagai PM bagi menyelesaikan “kekusutan” yang ditinggalkan oleh pentadbiran sebelumnya.

Mahathir juga turut mengulangi penilaian terkenalnya terhadap presiden PKR itu.

“Daripada pengalaman saya, saya tahu lelaki itu tidak tahu bagaimana cara untuk tadbir negara.”

Pada 1981, ketika beliau mula memegang jawatan paling kanan itu, Mahathir mengalu-alukan Anwar untuk masuk ke dalam Umno, di mana ia dianggap sebagai satu langkah untuk menggunakan imej Islam yang ditunjukkannya bagi mengekang pengaruh PAS yang semakin meningkat.

Mahathir berkata beliau juga menolak bantahan daripada pemimpin Umno yang tidak menyokong kemasukan Anwar ke dalam parti, di mana dalam tempoh sedekad bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu mendaki pangkat dalam parti sehingga menjadi orang nombor dua dalam kerajaan.

‘Budak-budak’ Anwar

Mahathir berkata hubungan mereka berdua bertambah renggang selepas Anwar tidak sabar untuk menduduki jawatan tertinggi tersebut.

“Pada mulanya kami berkawan baik. Tetapi selepas beberapa tahun melihat seolah-olah lambat lagi untuk saya bersara, ‘budak-budak’ Anwar – dan ini akan berlaku beberapa kali – mula menyerang saya,” katanya, merujuk kepada kempen dalam Umno yang menuduh kepimpinan Mahathir mengamalkan kronisme dan nepotisme.

Mahathir berkata, permainan serupa turut dimainkan penyokong Anwar sepanjang 22 bulan pentadbiran kerajaan PH.

“Tidak lama kemudian budak-budaknya mula serang saya lagi. Apabila ditanya, dia (Anwar) akan berkata, ‘Saya tidak boleh nak kawal mereka’,” katanya.

Mahathir juga turut mempersoalkan beberapa kunjungan Anwar ke pejabatnya di Putrajaya.

“Seterusnya, dia akan singgah ke pejabat saya untuk berbual. Dia tidak pernah bercakap tentang ambil alih jawatan daripada saya atau mengenai dasar-dasar saya,” katanya.

Beliau berkata Anwar boleh sahaja mendapatkan maklumat terkini tentang apa yang diusahakan kerajaan daripada pemimpin-pemimpin partinya yang juga turut berada dalam Kabinet, bukannya dengan mendapatkan maklumat terus daripadanya.

“Saya tidak bertanggungjawab untuk beri taklimat kepada Anwar tetapi jika dia tunjukkan minat dan ingin tahu lebih lanjut, saya dengan senang hati akan lakukannya,” tambahnya lagi.

‘Dia kata apa yang orang mahu dengar’

Mahathir turut menggambarkan Anwar sebagai seorang yang suka mencari populariti, memberikan contoh ucapan-ucapan ceramahnya mengenai kepelbagaian kaum dan isu perkauman sebaik sahaja beliau dipecat dari Umno.

“Walau apa pun niatnya, dia beritahu pengikutnya apa yang mereka mahu dengar: memberi keistimewaan kepada orang Melayu adalah salah dan semua rakyat harus dilayan sama rata,” kata Mahathir, sambil menambah hal ini berbeza dengan pendekatannya yang mahu memperkasakan orang Melayu bagi mencapai kesaksamaan ekonomi.

Bagaimanapun, di sebalik perbezaan antara kedua-dua mereka, Mahathir berkata beliau tidak pernah bergaduh secara peribadi dengan Anwar.

Beliau mengenang semula pertemuan pertama mereka selepas 18 tahun sejak peristiwa dramatik pada 1998.

Ia berlaku sewaktu Mahathir melawat Anwar di mahkamah yang memutuskan hukuman lima tahun penjara atas sabitan kedua pertuduhan liwat selepas beliau dipenjara enam tahun bagi sabitan pertuduhan kali pertama bagi kesalahan serupa sebelum dibebaskan pada 2004.

“Kami bercakap seperti kawan lama, namun sudah tentu kami tidak bercakap tentang mengapa dia dipenjarakan,” tulis Mahathir.

Anwar dibebaskan dari penjara seminggu selepas kemenangan PH pada Mei 2018, beliau menerima pengampunan diraja berikutan cadangan kerajaan yang baru dilantik itu.



ANWAR GILA

NAK JADI PM

KAH KAH KAH

PRN MELAKA

DAPAT TELO

KAH KAH KAH

PRN SARAWAK

DAPAT BERAPA ?

KAH KAH KAH

PKR AKAN

SELAMAT BILA

ANWAR DALAM JIL

KAH KAH KAH

SEKARANG PKR

& PAKATAN AKAN

HANCUR BILA

ANWAR JADI KETUA

KAH KAH KAH

MACAM MACAM

PUNYA GILA

KAH KAH KAH

TAPI GILA NAK

JADI PM INI

GILA PALING AFDAL

KAH KAH KAH



2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Jam Kutti Kerala menang tipis dingan Ku Li pada 1987 ..kalu tidak kirna sokongan Bontoti dan Mapadulong, Kutti dah lama bungkus balik nigri ..dah tentu anak-anak Kutti tak de sekor pon jadi biliyunwan .. ingat masa tu bila Kutti geng dingan Bontoti ada lah sebab nak apuskang Ku Li ..kahkahkah ..ingat kok jumpa ular kita pukoi sapa dulu

Tanpa Nama berkata...

Strategi..strategi..strategi. Pernahkah madey buat statement saje saje tanpa tujuan. Bunuh dua burung dgn satu batu. Buku kedua pun dah keluar nampak mcm nak buat hatrick je.