Jumaat, 17 Disember 2021

DUNIA DALAM BAHAYA



DUNIA DALAM

BAHAYA

AMIN 

Biden beri amaran varian

 Omicron merebak 

lebih cepat

PRESIDEN Amerika Syarikat Joe Biden memberi amaran pada hari Khamis bahawa varian Omicron bagi koronavirus akan mula merebak dengan lebih cepat di Amerika Syarikat dan beliau menggesa rakyat Amerika untuk mendapatkan vaksin atau dos penggalak.

“Satu-satunya perlindungan sebenar adalah untuk mendapatkan suntikan vaksin,” katanya.

Beliau berkata penyakit yang teruk dan kematian akan mengancam mereka yang tidak divaksinasi.

Biden turut menegaskan pentingnya orang yang diberi vaksin mendapatkan dos penggalak dan mereka yang masih belum diberi vaksin menerima suntikan pertama mereka.

Terdahulu, timbalan jurucakap Rumah Putih Karine Jean-Pierre mencadangkan pentadbiran tidak berhasrat untuk mengambil langkah sekatan khusus buat masa ini dan sebaliknya memberi tumpuan kepada vaksinasi.

“Alat yang kami ada, kami tahu berfungsi,” katanya, sambil menambah, “Kami hanya akan teruskan… untuk mendapatkan vaksin dan dos penggalak kepada rakyat Amerika.”

Menteri kesihatan dari G7 pada hari Khamis meminta kerjasama antarabangsa dalam menghadapi varian Omicron, yang mereka sifatkan sebagai ancaman semasa terbesar kepada kesihatan awam global.

Wabak yang dikaitkan dengan varian baharu itu telah merebak ke seluruh dunia, dan lebih banyak negara Eropah sedang melaksanakan sekatan perjalanan.

Amerika Syarikat, negara paling teruk terjejas di dunia, kini mencatatkan purata 1,150 kematian Covid-19 setiap hari, menurut angka dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). – AFP, 17 Disember, 2021.

Tiada ulasan: