Khamis, 16 Disember 2021

HARGA BERCAKAP BENAR

 


488 wartawan dipenjarakan, 46 maut pada 2021, kata NGO

KETIKA ini terdapat 488 pengamal media yang dipenjarakan di seluruh dunia, jumlah tertinggi sejak Reporters Without Borders mula menghitung sejak 25 tahun lepas, umum pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Khamis.

Sebaliknya, 46 jumlah maut tahun ini adalah yang paling rendah sejak ia mula mengeluarkan pengiraan tahunan, disebabkan penstabilan konflik di Timur Tengah.

“Jumlah wartawan yang ditahan berhubung kerja mereka tidak pernah setinggi ini sejak RSF mula menerbitkan pusingan tahunannya pada 1995,” kata NGO itu, yang memperjuangkan kebebasan media, dalam satu kenyataan.

Jumlah itu telah meningkat kira-kira 20 peratus sepanjang tahun lalu disebabkan sebahagian besarnya angkara tindakan keras yang berlaku di Myanmar, Belarus dan Hong Kong.

RSF berkata ia juga tidak pernah melihat begitu ramai wartawan wanita ditahan, dengan jumlah keseluruhan 60 mewakili sepertiga lebih daripada tahun 2020.

China mendahului wartawan yang dipenjarakan dengan 127, sebahagian besarnya kerana undang-undang keselamatan negara yang dikenakan ke atas Hong Kong, yang menjejaskan banyak kebebasan demokrasinya yang telah lama wujud.

Myanmar di tempat kedua dengan 53, diikuti Vietnam (43), Belarus (32) dan Arab Saudi (31). – AFP, 16 Disember, 2021.


 HARGA YANG

DIBAYAR KERANA

BERCAKAP BENAR

AMIN

SOSOK JUJUR

MELAPORKAN

KEBENARAN

AMIN

PEMBAWA BERITA

DIBUNUH & 

DIPENJARA 

AMIN

AGAR ORANG RAMAI

TERUS DALAM

GELAP TANPA

PENCERAHAN

AMIN

KALAU TAKDA

NEW YORK TIMES

MALAYSIA KINI

SARAWAK REPORT

THE EDGE

KITA TAK TAHU

1MDB

AMIN

HARAPKAN RTM

UTUSAN TV3

BERITA KOTE SAJAT

MEREKA LAPOR

AMIN

BERITA KOTE NAJIB

TAK PERNAH LAPOR

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: