Penipuan dalam talian di Melaka libat kerugian RM17.98 juta, kata polis
INDEKS jenayah dalam talian di Melaka merekodkan sebanyak 767 kes pada Januari hingga November lepas dengan nilai kerugian kira-kira RM17.98 juta melibatkan pelbagai penipuan seperti pelaburan, pinjaman tidak wujud, Macau Scam, love scam dan belian dalam talian.
Ketua Polis Melaka Abdul Majid Mohd Ali berkata nilai kerugian itu meningkat sebanyak RM2.07 juta berbanding tempoh yang sama iaitu RM15.9 juta pada 2020 dengan 772 kes direkodkan.
“Penipuan Macau Scam mencatatkan jumlah kerugian tertinggi iaitu RM5.97 juta dengan jumlah 116 kes diikuti penipuan pelaburan sebanyak RM5.307 juta dengan 134 kes direkodkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan