Isnin, 3 Januari 2022

ANAK MADEY SALAH


Zaman Anwar sudah 

berlalu, kata Mukhriz

Anwar Ibrahim sudah melepasi zamannya, kata Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, membayangkan petanda parti yang baru enam bulan ditubuhkan bersama bapanya Dr Mahathir Mohamad tidak berhasrat untuk bekerjasama dengan presiden PKR itu.

“Saya fikir zaman beliau sudah berlalu. Itulah apa yang saya rasa, dan ramai lagi orang cakap tentangnya, bahkan dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) sendiri,” kata Mukhriz merujuk gabungan yang dipimpin Anwar dalam temu bual bersama stesen radio BFM hari ini.

Mukhriz yang merupakan bekas menteri besar Kedah yang partinya didaftarkan Julai tahun lalu turut mengumumkan rancangannya untuk meletakkan calon di 120 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Selain itu, beliau turut menjangkakan akan berlaku pertembungan antara partinya dan PH di kerusi yang akan ditandingi kedua-dua parti.

Katanya, kebanyakan kerusi tersebut adalah kawasan “Melayu luar bandar dan separa bandar yang bakal menyaksikan pertembungan antara partinya dan PH.

Beliau berkata keputusan untuk meletakkan ramai calon adalah bagi menunjukkan Pejuang serius untuk memimpin kerajaan.

Katanya, pemimpin Pejuang sedar bahawa 52 kerusi yang ditandingi bekas partinya iaitu Bersatu ketika PRU sebelum ini tidak cukup untuk menumbangkan Umno, parti saingan utama mereka.

Mukhriz mengatakan Pejuang ditubuhkan untuk mencabar Umno, oleh kerana itu, katanya, Pejuang menumpukan kepada agenda Melayu.

Katanya, Pejuang juga tidak menandatangani memorandum persefahaman yang ditandatangani PH bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob September lalu walaupun dijemput.

Katanya, Pejuang mahu kekal “bebas”.

“Kami rasa jika ada sebarang bentuk ganjaran daripada kerajaan, ia akan melemahkan keupayaan kami untuk kritikal terhadap kerajaan ketika mereka perlu dikritik,” katanya.

Pejuang ditubuhkan oleh Mahathir dan beberapa orang ahli Parlimen lain selepas mereka dipecat dari Bersatu pada Mei 2020, beberapa bulan selepas kerajaan PH tumbang di mana ia tercetus berikutan keputusan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang mahu keluar daripada gabungan PH.

Menjadi perdana menteri

Mukhriz tidak bersetuju dakwaan mengatakan masalah yang dihadapi negara ketika ini berpunca daripada polisi-polisi yang diperkenalkan bapanya semasa pentadbiran bapanya selama lebih dua dekad.

“Saya tidak akan kata ia adalah kesalahan. Cara saya melihatnya, beliau ada visi bagaimana sesuatu itu harus dilaksanakan. Ketika tidak ada orang yang membantah dan berikan idea-idea lain yang lebih daripada ideanya, beliau teruskan untuk laksanakan ideanya.”

Beliau berkata menjadi anak lelaki Mahathir terdapat kelebihannya, namun kebanyakan perkara yang dilakukan beliau adalah bergantung dengan kemampuannya sendiri.

“Sudah tentu ada peluang terbuka untuk saya, namun setelahnya perlu lakukan dengan sendiri. Orang mempunyai harapan tinggi terhadap saya kerana nama beliau itu,” katanya sambil menolak dakwaan yang mengatakan beliau akan menjadi “Mahathir 2.0”.

“Sudah tentu kami dipandu dengan idea-idea beliau dan caranya berfikir, yang saya rasa tidak ada salahnya.”


Dalam pada itu, Mukhriz turut menafikan dakwaan yang mengatakan beliau mahu menjadi perdana menteri, mengatakan tidak pernah mempunyai cita-cita sedemikian.

Namun beliau tidak akan menolak jika ada peluang untuk beliau menduduki jawatan tersebut.

“Saya mesti sedia dengan sebarang kemungkinan. Saya tak akan menolaknya, namun semua perkara perlu diambil kira.”

Mukhriz mengatakan “bukan mudah” untuk menjadi perdana menteri.

“Semua perkara perlu sesuai dengan keadaan.

“Saya tak fikir perdana menteri sekarang pernah menjangka akan menjadi perdana menteri.”

ANAK MADEY

INI SILAP

AMIN

PANDANGAN INI

AMAT SALAH 

AMIN

ANWAR IBRAHIM

ADALAH 

CALON TETAP

PM MALAYSIA

AMIN

ANWAR KINI

SOLO TANPA

SAINGAN

SATELAH KU LI

BERUNDUR DARI

GUA MUSANG

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: