Golongan yang roboh perpaduan Islam berhawa nafsu duniawi – Khairuddin Al-Audi
KUALA LUMPUR – Tanggungjawab pemimpin untuk memperkasa dan menyuburkan lagi perpaduan antara umat Islam dari dua kelompok besar yang melebihi empat juta ahlinya, hukum syaraknya wajib diusahakan dan bukan sunat.
Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Al-Audi Wal Ketati yang digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat mengingatkan kelompok yang cuba merobohkan perpaduan ahli dua parti Melayu Islam tentulah mereka yang berkepentingan diri dan berhawa nafsu duniawi.
Bukan demi kepentingan umat, katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.
Beliau berkata, Muafakat Nasional yang dimenterai pada 14 September 2019 telah berjaya mendamaikan dua kelompok umat Islam Melayu yang “berperang” lebih 41 tahun sejak 1978 kerana politik.
Ramai yang menangis kesyukuran kerana perpaduan ini.
“Ia bukan isu perpaduan pemimpin kerana pemimpin politik meskipun bergaduh masih boleh duduk semeja makan dan minum senyum dan tawa tetapi ia melibatkan hubungan ahli marhaen yang lurus dan tulus dengan parti masing-masing,” tegasnya. –
1 ulasan:
Selama ni tutuh duit tak cakap banyak sekarang baru nak salah orang nak pecah bela orang isle . Isle hang nak sampai ni isle parti lebai ke . Tarak nak ambil pot bila berkuasa sampai hilang daratan
Catat Ulasan