Pelajar perempuan 17 tahun ditangkap khalwat bersama dua lelaki
MELAKA – Pelajar perempuan Tingkatan Lima bersama teman sekolahnya dan seorang lelaki adalah antara tiga pasangan yang dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di sini, awal pagi tadi.
Malah, ketiga-tiga mereka juga sanggup menempuhi hujan dengan berkonvoi motosikal sejauh lebih 100 kilometer selama hampir dua jam dari Seremban ke Kuala Pilah sebelum tiba di Melaka hanya untuk bermalam di hotel bajet berkenaan.
Pasangan berusia 17 tahun bersama rakan lelaki berusia 19 tahun itu dicekup dalam operasi khas sempena cuti umum sambutan tahun baharu di hotel bajet di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal pada jam 1.10 pagi tadi.
Ketika membuka pintu bilik, pelajar perempuan terbabit yang hanya mengenakan baju kelawar mendakwa lelaki berusia 17 tahun adalah rakan sekolahnya di Seremban manakala seorang lagi lelaki kenalan rakan lelakinya.
Dia kemudian memberi alasan terpaksa menginap di hotel berkenaan selepas cuaca hujan menyebabkan mereka tiada tempat berteduh dan terpaksa berkongsi bilik kerana tidak mempunyai wang untuk menempah bilik berasingan.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Melaka, Akmal Nadzim Abdullah berkata, dalam operasi bermula jam 12.15 tengah malam sehingga 3 pagi itu, kesemua empat lelaki dan tiga perempuan yang ditahan berusia antara 17 dan 25 tahun.
1 ulasan:
Tt, ko sarankan supaya kakitangan kerajaan gunakan tenaga bantu mangsa banjir drp menganggu budak muda tengah sedap berancuk.Tapi budak2 muda tu tak ke lebih baik jugak guna tenaga sama2 bantu mangsa banjir drp buat maksiat berancuk ketika rumah orang kampung dinaiki air?
Catat Ulasan