Tidak campur tangan kes moral hakim kanan syariah, kata menteri
JABATAN Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sama sekali tidak akan campur tangan dalam tuduhan isu moral terhadap seorang pegawai kehakiman syariah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada polis untuk melakukan siasatan.
“JPM (HEA) sama sekali tidak akan mencampuri bidang kuasa pihak polis dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Dalam pada itu, Idris meminta semua pihak akur dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan telus dan terperinci.
“Ia akan memberikan keadilan kepada semua pihak yang terkait dalam isu ini, sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan perlulah dihentikan,” tegasnya.
Sebelum ini, media melaporkan polis menyiasat seorang hakim kanan kerana didakwa melakukan gangguan seksual terhadap wanita berkahwin pada 2020. – Bernama, 18 Januari, 2022.
2 ulasan:
sajat ada kepala kote ke ? hari kabo dah potong.. kah kah kah
tu la nak sangat nak jadi arab..now sendiri kena fuck ..siapa salah? keling dengan cina ka? atau Dap?
Catat Ulasan