Nik Abduh Al-Tipuri minta PAS dedah punca gugur Khairuddin Al-Audi Wal Ketati
NIK Mohamad Abduh Al-Tipuri meminta PAS menjelaskan alasan sebenar pengguguran Khairuddin Al-Audi Wal Ketati daripada Jawatankuasa PAS Pusat bukan sahaja kepada ahli parti tetapi kepada masyarakat.
Katanya, masyarakat pun berhak tahu sebab sebenar tindakan itu selepas Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Al-Adam Bakiri berkata pengguguran itu tiada kaitan dengan isu kerjasama politik PAS melibatkan Umno dan Bersatu.
PAS membentuk kerjasama dengan Umno atas nama Muafakat Nasional (MN) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 tetapi kemudian bersama Bersatu menubuhkan Perikatan Nasional (PN) selepas peralihan kuasa melalui percaturan politik Langkah Sheraton pada Februari 2020.
“Apabila Setiausaha Agung PAS dengan lantang menolak alasan pengguguran beliau daripada Jawatankuasa PAS Pusat atas faktor perselisihan antara MN dan PN, maka nyatalah ia adalah disebabkan hal lain. Ia masalah disiplin dalam parti,” katanya dalam satu komentar di Facebook.
Nik Mohamad Abduh Al-Tipuri yang membuat kenyataan sebagai “sahabat rapat” Khairuddin Al-Audi Wal Ketati berkata pengguguran bekas menteri itu mesti bersebab.
Katanya, jika pengguguran itu kerana masalah disiplin dalaman, ia harus dijelaskan kepada umum kerana keputusan itu juga sudah dihebahkan kepada umum.
Beliau mengingatkan Khairuddin Al-Audi Wal Ketati adalah antara sosok utama pemimpin PAS yang pernah jadi menteri serta setiausaha Majlis Syura Ulama parti.
“Maka menjadi hak publik, bukan hanya ahli PAS untuk mengetahui sebab pengguguran tersebut,” katanya. – 18 Januari, 2022
2 ulasan:
Gila Burit al-Kuala Nerusi tag team Bodoh Tipu Sunat al-Bachoki . Hancus Lebus KAH KAH KAH KAH KAH
Jangan dikutuk lebih lebih sangat nik abduh ni. Takut disumpahnya jadi abu abih la kite
Catat Ulasan