Pembangkang Johor tawar 'komitmen kestabilan', tolak PRN
PEMBANGKANG Johor hari ini menolak Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan sebaliknya menawarkan ‘komitmen kestabilan’ bagi memastikan kerajaan negeri dapat memberi tumpuan terhadap kebajikan rakyat dan usaha memulihkan ekonomi.
Menurut kenyataan bersama Parti Amanah Negara, PKR, DAP dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang dikeluarkan hari ini, pelaksanaan PRN di negeri itu satu tindakan tidak munasabah dan tidak mengutamakan kepentingan rakyat serta negeri.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan Ketua Pembangkang Johor yang juga Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor PKR Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abd Rahman.
Menurut kenyataan itu anggaran kos sebanyak RM150 juta diperlukan untuk membiayai PRN Johor satu pembaziran yang sangat besar daripada kerajaan.
“Blok pembangkang di negeri ini memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap kerajaan pimpinan Hasni Mohammad (Menteri Besar) meskipun dengan perbezaan majoriti hanya satu kerusi di Dewan Undangan Negeri.
“(Justeru), blok pembangkang bersepakat untuk bersama-sama menawarkan komitmen kestabilan,” menurut kenyataan bersama itu.
Semalam, Hasni dilaporkan sebagai berkata, meskipun belum ada perbincangan mengenai mengadakan PRN Johor di peringkat Umno Johor, pihaknya tidak pernah menolak keperluan untuk mengadakan PRN disebabkan faktor kestabilan kerajaan negeri yang kini mempunyai majoriti tipis.
Selepas Adun Kempas Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Disember, kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional kini mempunyai 28 kerusi manakala Pakatan Harapan 27 kerusi. – Bernama, 18 Januari, 2022.
2 ulasan:
Kalau dah ada senapang tiga peluru elok benar dah wat belawan dengan pelacur tiga lobang. Ngam sangat. Nanti ada yang gangbang ada yang pakai dildo ikut skill masing2. Pancot dalam harga lain..
lepas tu kenduri la kite makan teloq... amin
Catat Ulasan