Selasa, 18 Januari 2022

SOALANNYA DARI MANA AZAM DAPAT DUIT

 



SC tidak dapat menentukan pelanggaran SICDA dalam kes Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) tidak dapat memastikan secara muktamad jika berlaku pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA telah berlaku dalam akaun dagangan membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menjawab mengenai siasatan yang dijalankan ke atas Azam, badan pengawalselia itu berkata, remit pengaturan SC tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (Sicda).

Siasatan ini untuk memastikan sama ada berlaku kemungkinan perlanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), yang memperuntukkan bahawa akaun dagangan mesti dibuka atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa.

“SC telah memuktamadkan siasatannya dan berdasarkan bukti yang dikumpul, SC tidak dapat memastikan secara muktamad wujud pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA telah berlaku,” katanya.

Azam, didakwa terlibat dalam dagangan saham proksi, memberitahu sidang media  awal bulan ini bahawa akaun dagangan sahamnya telah digunakan oleh adiknya untuk membeli saham pada 2015.

Beliau turut menafikan terlibat dalam sebarang salah laku.

Sejurus kenyataan yang dikeluarkan oleh Azam, SC mengeluarkan kenyataan pada 6 Januari bahawa pihaknya akan berhubung dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu dan pihak yang terlibat untuk mendapatkan penjelasan, dan mengesahkan kenyataan yang dibuat, serta mengumpul sebarang bukti yang berkaitan.


SOALAN KURUN

INI IALAH

DARI MANA

AZAM BAKI

DAPAT DUIT

AMIN

ADAKAH AZAM

ADA KEDAI BUNDLE

KAH KAH KAH

ATAU

AZAM BAKI

TOWKAY JUAL

KUEH PAU

AMIN


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woit dia ikut Kak Ros lah simpan dari baby, sekupang satu hari saja, apa lu orang sibuk sangat ini? Cuba tengok semua pemimpin kaya raya anak beranak billion ini contoh kemajuan Melayu dan DEB lah apa lu orang asyik dengki tengok Melayu berjaya, lu orang tak boleh tengok Melayu berjaya beli saham ada syarikat ada saham semua hasad dengki perangai buruk lah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Tak pasti? Mati lah cam tu. Bila kes controversial , bilang xpasti. Makan gaji buta. Macamana nak jadi Suruhanjaya Kalo xpasti? Jikalau Isham Rais bilang xpasti, gwa Masih boleh terima. SC xpasti? Ini dah macam ramalan cuaca, xpasti besuk hujan ke tak.