Sabtu, 26 Februari 2022

AWAS BANJIR

 



MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya hari ini di seluruh Kelantan dan Terengganu.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Terengganu ia melibatkan kawasan sekitar Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di seluruh Perlis, Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling manakala di Perak meliputi Hulu Perak.

Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan untuk Kedah meliputi Kulim dan Bandar Baharu, seluruh Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

“Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan bagi Terengganu meliputi Kemaman, Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan) serta Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat),” menurut kenyataan itu.  – Bernama, 26 Februari, 2022.


AWAS

BANJIR

AMIN

PEMANASAN

DUNIA

DARURAL IKLIM

SEDANG MELANDA

AMIN

1 ulasan:

Amutalingam barkaylow berkata...

Yee Haw Jeng3x Angin takdo gibut takdo totibo muncul jo diyo terus jo bersiaran/berperanan. Jgn topoganjek bo’ok Allah swt lah yg menyusunnyo kalu tidak mahu pocah dauniyo dek penyangak2 yg buas ini. Tahu.

Kihkihkih …

Jgn lupo tak lamo layi sikoboi jimen dari hujung kampiong ma’ei dgn kudo kapcai warno biru … Tin tin pon pon lokopeng lokopeng lokopeng peng6x pocah eksos ea … Apoo nak buek’an .. nak nyambung hidup katokan.

High Noon Melesya@EntireWorld … Little John go check the point what goin’ on those days. Have guns/rifles will travel to find out the enemy to shoot down.

Yee Haw Jeng3x what up guys where gonna goin’ to heaven to hell your choice you decide. Nak togojun lombong pun suko hati, poyi lah takdo siapo yg nak nogah.

Yee Haw, Jeng3x, Jgn lupo, Takdo siapo konciong siapo layi, Tahu. Kihkihkih. 😁🤑😍