Khairuddin -Audi al Ketati bukan lagi setiausaha Majlis Syura, kata Hadi Al-Kawahli
PEMECATAN Khairuddin Audi al Ketati dari Jawatankuasa PAS Pusat menyebabkan jawatannya dalam Majlis Syura Ulama juga terlucut, kata presidennya Hadi al-Kawahli.
Beliau berkata keputusan pemecatan Khairuddin Audi al-Ketati itu dibuat dalam mesyuarat PAS Pusat pada Rabu.
“Oleh kerana pelantikan beliau dalam majlis syura oleh Jawatankuasa PAS Pusat, jadi PAS Pusat membatalkan pelantikan itu
“Maka beliau tidak jadi ahli Majlis Syura lagi, bermakna beliau kini ahli biasa,” kata Hadi al Kawahli kepada pemberita di Marang hari ini.
Hadi al Kawahli berkata Khairuddin dipecat kerana melanggar peraturan parti, namun tidak memperincikan kesalahan ahli Parlimen Kuala Nerus itu.
Pada Januari jawatan PAS menarik balik pelantikan Khairuddin Audi al-Ketati dalam jawatankuasa pusat.
Pemecatan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan satu perbincangan tertutup bersama pemimpin parti yang diketahui cenderung kepada kerjasama dengan Umno
Perbincangan tertutup tersebut difahamkan berkait usaha memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun Setiausaha Agung Takiyuddin al- Bodeki menafikan pemecatan Khairuddin Audi al-Ketati berkait dengan isu pengukuhan MN. – 11 Februari, 2022.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan