KHALWAT KE 682
SELASA 1/2/2022
KITA MASUK KE HARI 682
BERKHALWAT
KITA MASUK KE HARI 682
BERKHALWAT
PKP 4.0
ANGKA MASIH LAGI
4000+++
KLUSTER SEKOLAH
OMICRON MASIH
MENGANCAM
AMIN
HARI INI TAHUN BARU CHINA
MALAM TADI GUA TERDENGAR JUGA
MERCUN DIBAKAR
TAPI TAK SEHEBAT
TIGA TAHUN DULU
FLET GUA DEKAT DENGAN
TOK PEKONG THEAN HOU
TIAP TAHUN
MERCUN MENGELEDAK
DARI SINI
TAHUN INI TAK ADA
MUNGKIN 10 HARI NANTI
HARI CHAP GOH MEE
AMIN
PAGI INI KABUS TEBAL DI HOKKIEN
KL & KL SENTRAL KELAM
DI SELAPUTI KABUS
HUJAN KELMARIN
MEMBAWA KABUS PAGI
MATAHARI DAH KELUAR
TAPI SINAR DIPANTAU KABUS
DI PINTU MASUK
GUA DISAMBUT OLEH MURAI
INDAH PAGI INI
BERSAMA ALUNAN CENGKERIK
DI ATAS BUKIT DITEPI SUNGAI
HOW WOW BER SUARA
AMAT KUAT
GUA RASA DEKAT SEKALI
GUA PERHATI TAPI TAK NAMPAK
HOKKIEN LENGGANG
TAKDA PEKERJA PENJAGA KUBUR
SEMUA BERCUTI
HARI INI GUA RASA
PANAS YANG MENJANJIKAN
DAN HUJAN PETANG
INI TELAH MENJADI WATAK HARIAN
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM PADA HARI
TAHUN BARU CHINA
BRO
LAKSAMAN BENTAN DATANG MENYEMBAH
MERENDAH DIRI WALAU PUN GAGAH
RAJA ADIL RAJA DISEMBAH
RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH
LIMAU MANIS TIGA SERANGKAI
TARUH MARI DI KEBUN CHINA
MULUT MANIS JANGAN DIPAKAI
BANYAK ORANG SUDAH TERKENA
MARI KITA MENANAM PADI
PADI DITANAM DI DALAM BENDANG
MARILAH KITA MENABUR BUDI
SUPAYA KITA DIKENANG ORANG
MEDANG SILA BUAHNYA CANTIK
JATUH MENIMPA KE PASU BUNGA
DENGAN SEBAB NILA SETITIK
ROSAK PUNAH SUSU SEBELANGA
MENJUAL LIDI KE BATU BARA
MENJUAL LOKAN KE BATU PAHAT
KERANA DENGAKI PUNYA ANGKARA
ORANG BAIK DISANGKA JAHAT
NAIK BUKIT PERGI ASAHAN
BAYAR NIAT MUDAH MUDAHAN
SUNGGUH PUN SONGKET KAIN PILIHAN
TAPI TAK BOLEH BUAT BASAHAN
NYIUR MANIS BARU GUGUR
DIBAWA NYONYA KELUAR PAGAR
TAK PERLU MENANGIS TERKELUPUR
SESAL HIDUP MALAS BELAJAR
ORANG DAIK PERGI MENUBA
DAPAT SAEKOR IKAN HARUAN
PEKARA TAK BAIK JANGAN DICUBA
TAKUT KELAK MERANA BADAN
ORANG MENGAIL DI LUBUK DULANG
UMPAN MARI SI KULIT DUKU
KALAU MENGURAT BINI ORANG
NYAWA BERGANTUNG DIHUJUNG KUKU
POKOK CEMPEDAK DITEPI TANGGA
BUAH SEBIJI GUGUR TERBUANG
JANGAN MUDAH MERASA BANGGA
BILA DIRI DIPUJI ORANG
YANG KURIK IALAH KUNDI
YANG MERAH IALAH SAGO
NAN BAIK IALAH BUDI
NAN INDAH IALAH BAHASO
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan