Rabu, 16 Februari 2022

HUKUMAN RASAUH PUN SALAH SASARAN

 



Undi18 penentu Malaysia tanpa rasuah

KRISIS kepimpinan dalam geopolitik hari ini memerlukan perubahan berimpak tinggi terhadap pemulihan struktur tadbir urus dan akauntabiliti negara. Defisit kepercayaan terhadap tahap integriti menimbulkan persepsi negatif rakyat dan dunia terhadap Malaysia.

Isu ini tentunya memerlukan solusi yang strategik.

#RasuahBusters bersama rakan gabungan melihat golongan muda adalah akar yang akan membawa karakter lebih kompetitif, progresif, inovatif dengan semaian akhlak, nilai dan maruah yang tinggi bagi memacu transformasi negara.

Justeru, rakyat Malaysia diseru untuk bangkit memperkasakan dan menjadi sistem sokongan agar anak muda diberi peranan dalam mencorak model Malaysia yang lebih stabil dan kukuh daripada aspek politik, ekonomi dan sosial.

Undi18 yang meletakkan kuasa mengundi kepada golongan muda termasuk pelajar wajar dijadikan peluang untuk menolak kepimpinan toksik dan rasuah daripada terus memusnahkan masa depan mereka.

Sebaliknya golongan mudalah yang harus tampil sebagai barisan hadapan kepimpinan dalam proses pembikinan polisi serta penggubalan undang-undang dalam mengemudi pentadbiran untuk mencorak masa hadapan negara.

Landskap politik, ekonomi dan sosial negara mampu diperkasakan selaras kepantasan arus dunia dengan penglibatan langsung golongan muda melalui ideologi digarap daripada hasil kajian akademik, pembaharuan teknologi, kapasiti tenaga dan keupayaan mereka dalam membentuk inisiatif pembaharuan sosial yang komprehensif.

Begitu juga, ketokohan dan potensi kepimpinan golongan muda yang dinamik melahirkan sebuah lingkaran kumpulan pengaruh yang besar untuk sebuah solidariti perubahan demi kesejahteraan negara.

Bagi mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goal (SDG)) yang disasarkan menjelang 2030, golongan muda juga harus berani untuk tampil dalam proses advokasi hak-hak bagi menjamin kualiti pendidikan, kesihatan, alam sekitar serta jaminan peluang pekerjaan bagi kemampanan ekonomi dan sosial.

Anak muda bangkit bukan retorik. Ia adalah jaringan ekosistem yang amat signifikan.

Pensejajaran misi secara berterusan bersama golongan muda bakal menentukan hala tuju kemajuan yang selari dengan kebangkitan nilai moral karakter bangsa agar negara ini bebas daripada kemelut ketidakstabilan politik dan isu rasuah.

Sebagai aset penting negara, komitmen bersepadu golongan muda adalah sinar harapan lahirnya negara yang progresif, telus, dan jujur.

Tindakan hari ini adalah penentu selamat atau sengsaranya rakyat. Mulakan dengan memilih pemimpin yang tidak rasuah.

Jangan biarkan perasuah merampas masa depan anak muda Malaysia. – 16 Februari, 2022.

* Kenyataan bersama 92 organisasi wakil 
Belia #RasuahBusters.

HUKUMAN RASUAH

JUGA TAK MASUK

AKAL

AMIN

ANTI RASUAH

SALAH SASARAN

AMIN

PROJEK RASUAH

MEMERLUKAN

PEMBERI & 

PENERIMA

AMIN

SELAMA INI

HANYA DITANGKAP

PENERIMA

AMIN

GUBAL HUKUM

PEMBERI JUGA

WAJIB DITANGKAP

SAMA

AMIN

HARTA DI RAMPAS

MASUK PENJARA

SESAMA MACAM

YANG MENERIMA

AMIN

JIKA INI BERLAKU

RASUAH BOLEH

DIKURANGAN

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kaji dulu siapa kuat rasuah, kenapa rasuah menjalar sampai bawah, adakah Dari Bawah ke atas atau atas ke bawah, hukuman kena lah berat, rampas semua lelong segala tak kira apa jua pendapatan halal haram, baru akan takut, sekarang ini Bossku pun selamba saja turun naik mahkamah, kah kah jatuh hukum pun relax relax saja, kah kah kah sebab ITU lagi perasuah lagi berani sebab Bossku jadi contoh paling cerot abad ini kah kah kah