Di Malaysia Sajjad tetap lelaki, kata timbalan menteri agama
PUTRAJAYA – “Sajjad (Muhammad Sajjad) tetap lelaki di Malaysia mengikut jantina yang telah termaktub dalam kad pengenalannya.”
Demikian kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Al-Sajati mengulas mengenai laporan mengatakan usahawan kontroversi itu yang dikatakan berjaya menukar jantinanya di Australia.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) D Ahmad Marzuk Al-Sajati y bercakap kepada media selepas melancarkan buku Manual Komuniti Hijrah Lesbian dan Gay terbitan JAKIM di Putrajaya International Convention Center
Jelas Marzuk al-Sajati, ini kerana kad pengenalan merupakan dokumen sah yang digunakan di negara ini yang mengandungi butir peribadi jantina setiap rakyatnya.
“Itu negara lain, dalam negara kita dia (Sajat) tetap lelaki sebagaimana yang ada di kad pengenalannya di negara kita, itu kita gunakan.
“Dokumen yang sah itulah yang menentukan jantina dia sama ada dia nak pilih negara mana, alam mana untuk menentukan jantina itu kita tidak campur,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pertemuan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama influencer media baharu di sini hari ini.
Dalam majlis yang sama turut dilancarkan Buku Manual Komuniti Hijrah Lesbian dan Gay yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Semalam, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendedahkan dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.
Beliau membuat pengakuan berkenaan menerusi live di Instagramnya sambil merasa seperti baru dilahirkan semula kerana gembira proses menukar jantina di Australia dibenarkan dengan mudah.-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan