Jumaat, 4 Februari 2022

TAHUN 2022 MASIH ADA HAMBA ABDI

 


Bukit Aman tumpas sindiket buruh paksa di Petaling Jaya

JABATAN Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menumpaskan sindiket buruh paksa yang menjadikan wanita Indonesia sebagai pembantu rumah tidak bergaji di Petaling Jaya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan ATIPSOM (D3) JSJ Bukit Aman, Fadil Marsus berkata operasi itu membawa pasukan mereka ke dua kondominium mewah di bandar itu.

Pada mulanya, seorang lelaki Indonesia dan wanita tempatan berjaya ditahan dalam operasi jam 5 petang itu, katanya kepada The Malaysian Insight.

“Dua suspek itu dipercayai telah mengurung dan tidak membayar gaji pembantu rumah perempuan Indonesia sejak beberapa bulan.

“Hasil siasatan ke atas lelaki Indonesia itu, serbuan dilakukan ke atas sebuah lagi unit kondominium di kawasan yang sama sebelum menyelamatkan tiga wanita warga Indonesia yang dikurung sindiket itu,” katanya.

Menurutnya, dua ahli sindiket itu ditahan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Mangsa juga diselamatkan mengikut peruntukan Seksyen 44 akta sama, katanya yang menambah, kesemua suspek akan direman. – 4 Februari, 2022.

KAPITALIS

CARI UNTUNG

MAKSIMA DARI

TENAGA MANUSIA

AMIN

KONDO MEWAH

JADI TEMPAT

MELACUR

AMIN

KONDO MEWAH

TEMPAT MASAK

DADAH

AMIN

KONDO MEWAH

SIMPAN HAMBA

AMIN

MEWAH JADI

BENTENG UNTUK

TUTUP JENAYAH

AMIN

MACAM PAKAI

NAMA TAN SRI

UNTUK JADI

TAN SRI ESCOBAR 

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: