Isnin, 28 Februari 2022

YA AMPOON YA MAULANA

 


Agong pandang serius isu rasuah di Malaysia

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memandang serius isu rasuah yang berlaku di negara ini.

Seri Paduka bertitah perkara itu perlu ditangani dalam membina sebuah negara bangsa yang telus dan berintegriti.

Titah Al-Sultan Abdullah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat hari ini turut mendapat reaksi spontan Ahli Dewan Rakyat yang menepuk meja sebagai tanda sokongan.

Namun Seri Paduka percaya kerajaan sedang melaksanakan dasar dan inisiatif Pelan Antirasuah Nasional menerusi tindakan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan bagi membanteras segala bentuk jenayah rasuah.

Al-Sultan Abdullah bertitah kerajaan juga sedang menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui inisiatif kerajaan digital secara hujung ke hujung supaya lebih telus, cekap dan profesional.

Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan atas taat setia dan sumbangan ikhlas semua petugas barisan hadapan negara, anggota perkhidmatan awam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia, serta agensi kerajaan yang telah mencurahkan khidmat bakti menjadikan Malaysia aman dan makmur. 

“Sumbangan mereka ini amatlah besar dan beyond the call of duty (melangkaui bidang tugas). Semoga semua penjawat awam terus komited, berdedikasi dan fokus untuk sentiasa menambah baik kualiti perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Al-Sultan Abdulllah turut menitahkan agar kebajikan anggota perkhidmatan awam terus dibela, baik dari segi kesihatan, pendidikan, perumahan dan bantuan kebajikan merangkumi mereka yang sedang berkhidmat dan yang bersara, termasuk veteran ATM.

Mengenai isu bencana alam, Yang di-Pertuan Agong turut menitahkan supaya mekanisme pengurusan bencana sentiasa ditambah baik bagi menghadapi sebarang ancaman berikutan kemerosotan alam sekitar dan fenomena perubahan iklim.

Titah Seri Paduka usaha itu turut melibatkan peranan dan tanggungjawab rentas sosial meliputi kerajaan, swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan sukarelawan, terutamanya daripada belia serta rakyat.

“Penyelarasan antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan hendaklah dilaksanakan secara berterusan. 

“Pembangunan sistem amaran bencana berpusat dan peningkatan sistem saliran terutamanya di kawasan berpenduduk padat dan lokasi berisiko tinggi berlaku bencana hendaklah dipergiatkan,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang termasuk kesiapsiagaan infrastruktur tebatan banjir seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat perlu segera dilaksanakan.

Seri Paduka bertitah perlindungan dan kelestarian alam sekitar mestilah diutamakan, justeru kerajaan diseru mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus keluasan tanah negara dilitupi dengan hutan melalui pelaksanaan amalan pengurusan hutan secara berkekalan, selain mengekalkan dan pelihara kawasan berpotensi diiktiraf sebagai geopark. – Bernama, 28 Februari, 2022.

YA AMPOON

YA MAULANA

AMIN

RASUAH DAH

JADI BUDAYA

AMIN

RASUAH DAH

JADI CANDU

EKONOMI NEGARA

AMIN

INI BUKAN HANYA

MASAALAH SERIOUS

AMIN

RASUAH INI BARAH

TANGGA KE 4

AMIN

AKAN BAWA

MUSNAH NEGARA

AMIN

CHINA MERAH

BARU MASUK 

DAN SEDANG AKTIF MERASUAH

AMIN

CHINA MERAH

AKAN MERASUAH

RAJA SULTAN

POLITIKUS MENTERI

KETUA JABATAN

JENERAL  PRIBET 

SOLDADU

MAHKAMAH HAKIM

PENSYARAH  IMAM

PROFESOR GURU

UNIVERSITI

HINGGA KE 

TUKANG SAPU

AMIN

INI  CARA 

CHINA MERAH

BUAT  KERJA 

AMIN 

DUIT  & LENDIR 

& DADAH UMPAN

 DARI 

CHINA MERAH

AMIN

RASUAH ADALAH

ANAI ANAI

YANG AKAN BAWA

NEGARA RUNTUH

KHALAS

Tiada ulasan: