Rabu, 16 Mac 2022

BEBASKAN NAJIB - BATAL PENDAKWAAN

 



Penyelewengan RM42 juta SRC perlu dibicara semula – Shafee

PUTRAJAYA – Pasukan pembelaan  Najib  akan mengemukakan permohonan dalam masa terdekat untuk kes penyelewengan dana RM42 juta milik anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd (SRC) dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi kelak.

Permohonan  terpaksa dilakukan walaupun pembelaan yang diketuai oleh Muhammad Shafee Abdullah mengakui banyak masa telah terbuang dalam mendengar perbicaraan tersebut sebelum hukuman disabitkan dan dijatuhkan hukuman oleh Hakim  Mohd Nazlan Ghazali.

Kata Muhammad Shafee, alasan yang akan dikemukakan oleh pembelaan termasuklah peranan Mohd Nazlan yang merupakan Penasihat Undang-Undang Kumpulan Maybank ketika proses pinjaman wang bernilai RM4 bilion dari bank itu oleh 1MDB untuk mengambil alih Tanjong Energy Sdn Bhd (Tanjong) sekitar 2012.

Bagaimanapun sehingga ke hari ini, Mohd Nazlan yang kini sudah menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan tidak pernah mendedahkan perkara itu.

Pasukan pembelaan semalam ketika soal balas dengan saksi ke-12 prosiding 1MDB bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir ada mendedahkan perkara itu melalui minit mesyuarat Lembaga Pengarah Maybank pada 2012 yang menyebut tentang kehadiran Mohd. Nazlan.

Kata Muhammad Shafee, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti baru berkait dengan konflik kepentingan oleh Mohd Nazlan yang ketika itu masih lagi berkhidmat dengan Maybank yang telah mengeluarkan pinjaman kepada 1MDB manakala SRC pula anak syarikat firma pelaburan itu.

“Jika Mahkamah Persekutuan membenarkan bukti tambahan berkaitan peranan hakim Mohd Nazlan di Maybank maka ini boleh membawa kepada perbicaraan semula kes SRC.

“Kami sangat mengharapkan perbicaraan semula perbicaraan SRC ini,” katanya kepada pemberita di lobi Istana Kehakiman di sini hari ini.

Mohd Nazlan dipercayai terlibat sebagai penasihat undang-undang, setiausaha syarikat Maybank memainkan peranan dalam pinjaman Maybank kepada 1MDB untuk pengambilalihan Tanjong yang melalui pelbagai proses, jawatankuasa risiko dan keseluruhan lembaga (lembaga pengarah Maybank).

MalaysiaGazette juga difahamkan pembelaan akan memfailkan keterangan baharu dalam tempoh dua hari ini.

Kata Muhammad Shafee, ada kemungkinan kesilapan dalam pensabitan jadi pihak pembelaan akan melihat andai mahkamah boleh membebaskan dan membatalkan semua pertuduhan.

Untuk makluman, sabitan  dan hukuman tersebut dijatuhi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 dan keputusan tersebut telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021.

Sekali lagi pada 7 Disember 2021, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu iaitu penglibatan bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar bersama keluarganya dengan Jho Low atau Low Taek Jho.

Dakwa pembelaan, Zeti bersengkongkol dengan Jho Low bagi memudahkan ahli perniagaan dalam buruan itu untuk menyeleweng dana 1MDB dan anak syarikatnya SRC International.

Mahkamah pada masa itu menolak alasan Najib tiada keadaan istimewa yang membolehkan keterangan baharu itu diterima. 

SOKONG SOKONG

BEBASKAN NAJIB

AMIN

TOK HAKIM

BUKAN SAJE

KERJA DI MAYBANK

 ADA LAGI 

KEPENTINGAN 

YANG TIDAK 

DIUMUMKAN

KAH KAH KAH

TOK HAKIM

INI PERNAH

DI LONDON 

DUDUK DI HOTEL

 CHURCHILL

 DI HOTEL INI

NAJIB DAN ROSMAH

PERNAH DUDUK

AMIN

TOK HAKIM INI

PERNAH BACA

BUKU JAMES BOND

YANG NAJIB JUGA

SUKA BACA

KAH KAH KAH

TOK HAKIM INI

MASA 

DI HONG KONG

PERNAH MAKAN

DI RESTORAN

YANG JO LOW

SELALU DATANG

KAH KAH KAH

TAK CUKUP

DENGAN FAKTA

SEMUA INI ??

KAH AKH KAH

TOK HAKIM INI

PERNAH SEKALI 

DUDUK DI JAMBAN

 YANG

PERNAH DIDUDUKI

OLEH JO LOW

KETIKA  JO LOW

CERET BERET

DALAM RESTOFRAN

YANG SAMA

KAH KAH KAH

SEMUA INI

BUKTTI TOK HAKIM

ADA KEPENTINGAN

TERUTAMA DUDUK

DI JAMBAN YANG

PERNAH MENERIMA

BONTOT TEMBAM

JO LOW

KAH KAH KAH

SEMUA INI

SALAH LAKU

BEBASKAN NAJIB

SEKARANG

KAH KAH KAH

KHALAS

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bontot Jo Low ngan bontot shapeei eeeee tu sama color ke?