SELASA 1/3/2022
KITA MASUK KE HARI 710
BERKHALWAT
BERKHALWAT
ANGKA KOBID
MASIH 20,000+++
TURUN DAN NAIK
BAHAYA DAN BAHAYA
PERANG UKRAINE
MASUK KE HARI KE 6
PERBICANGAN DAH MULA
DI KOTA SEMPADAN
BELARUSS-UKRAINE
BUKAN DI MINSK
IBU KOTA BELARUSS
PRESIDEN ZELENSKYY
MENOLAK MINSK
ZALENSKYY TAK CAYA
KERANA BELARUSS
BERAT SEBELAH
AMIN
BERITA PERTEMUAN
RUSIA-UKRAINE
INI TDAK DILAPOR
OLEH MEDIA BARAT
MEREKA MAHU
UKRAINE TERUS BERPERANG
DENGAN NATO BERI SENJATA
PRESIDEN PUTIN
MAHU SOLDADU UKRAINE
LETAK SENJATA DAN BERDAMAI
AMIN
PRN JOHOR
KAWAN GUA BERI TAHU
KEMPEN DINGIN
YANG HEBOH HANYA DALAM MEDIA
ADA JUGA KAWAN AJAK
GUA DATANG JENGOK
TAPI ZAMAN KOBID NI
GUA TAK BERANI
AMIN
PAGI INI HOKKIEN KERING
HOKKIEN SUNYI HENING
YANG SAMBUT GUA
CENGKERIK
SSIIIT SSIIIT
MACAM BUNYI PELESIT
GUA AMBIL JALAN DEPAN
POKOK MENGKUDU
POKOK INI KELIHATAN SUNYI
TEMPUA BELUM SAMPAI LAGI
APAKAH TAHUN INI
TEMPUA AKAN BESARANG DISINI
BERJALAN PULANG
BARU KEDENGARAN
MURAI BERKICAU
AH!
DUA EKOR MURAI BERANTUN
BALAS BERBALAS
TERTIBA
HOW WOW
BERSUARA KUAT
DARI BUKIT
HOKKEIN YANG HENING
MENJADI HEBOH
DIIKUTI OLEH TERKUKUR
MATA HARI BELUM KELUAR
KL & KL SENTRAL MALAP
GUA RASA HARI INI PANAS
ADN HUJAN PETANG
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM
SENYUMLAH
BRO
YANG INDAH BILA ADA
KAWAN SEJATI
IALAH KITA DIFAHAMI
DAN
KITA MEMAHAMI
BRO
KASEH SAYANG
ADALAH KUASA
YANG BOLEH MENJADIKAN
MUSUH KAWAN
BRO
KAWAN TERBAIK KITA
AKAN MEMBAKAR KELUAR
KEBAIKKAN KITA
BRO
MARILAH KITA
BERTERIMA KASEH
PADA MEREKA YANG
MEMBUAT KITA SENYUM GEMBIRA
MEREKA INI ADALAH
TUKANG KEBUN
YANG MENGEMBAGKAN
JIWA KITA
BRO
TIDAK ADA ORANG ASING DISINI
MEREKA SEMUA KAWAN
YANG LU BELUM BERTEMU
BRO
PERSAHABANATN ITU
IALAH BERKONGSI
BRO
KAWAN YANG KITA TEMUI ITU
ADALAH KELAHIRAN
DUNIA BARU UNTUK KITA
DUNIA INI TIDAK WUJUD
SEBELUM KITA
BERTEMU DENGAN DIA
BRO
SEORANG KAWAN SEJATI
LEBIH BAIK DARI
SERATUS ANGGOTA KEUARGA
AMIN
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan