KHALWAT KE 737
SENIN 28/3/2022KITA MASUK KE HARI 737
BERKHALWAT
BERKHALWAT
ANGKA KELMARIN
21,000+++
NAIK KEMBALI
BERSEMBAHYANG
DI MASJID DIBENARKAN
SEPERTI DULU
GUA RASA HARI RAYA
TAHUN INI AKAN MERIAH
KITA LIHAT DAN TUNGGU
KUNCINYA
BAZAR RAMADAN
RAMAI PELANGGAN
ATAU
RAMAI MASIH TAKUT
PERANG UKRAINE
MASUK HARI KE 33
MASIH BELUM NAMPAK
JALAN SELESAI
RUSIA MEMPERKUKUH
KEDUDUKAN
WILAYAH DONBAS
TELAH DIBEBAS DARI FASIS
KYIV DAN MARIPUL
MASIH DIBEDIL
DARI ROKET DITEMBAK
DARI KAPAL SELAM
PRESIDEN BIDEN
DI EROPAH
BERSIDANG UNTUK NATO
UNTUK G7
UNTUK KESATUAN EROPAH
SENJATA AKAN DIHANTAR
YANG MATI KATAK
YANG JADI PELARIAN
WARGA UKRAINE
AMIN
PAGI INI HOKKIEN
DI PINTU MASUK
DALAM HUTAN BELUKAR
GUA DENGAR MURAI
PAGI YANG INDAH
MENDAKI MASUK
GUA TERNAMPAK DERETAN KERETA
MASIH BANYAK
TAK SERAMAI PAGI KELMARIN
SEMBAHYANG ANAK CUCU CICIT
MASIH BERJALAN
GUA NGELENCONG
NAIK KE BUKIT
GUA NAMPAK
KL SENTRAL & KL CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
TAKDA BUNYI MERCUN
TAPI ASAP DISANA SINI
GUA RISAU TAK TAK
MENCURI MAKAN
KELMARIN DIA MAKAN
SEKETUL AYAM
PAGI INI GUA NAMPAK
DIA MENGGONGONG ENTAH APA
GUA RISAU DIA SAKIT PERUT
PAGI KELMARIN
ADA MUNTAH
TAK TAHU SAPA PUNYA
TUP TUP
TAK TAK HILANG
KEMUDIAN GUA NAMPAK
DIA BERHADAPAN DENGAN
SATU BUNGKUSAN
GUA RAPATI
ADUH !
TAK TAK SEDANG MAKAN
KUIH PULUT AYAM
DI BUNGKUS DAUN PALAS
GUA TARIK
DAN BAWA PULANG
AMIN
BRO
SENYUMLAH
SENYUMAN MEMULAKAN
PAGI INI
BRO
BRO KALAU LU
HANYA NAK BUAT
APA YANG SENANG
MAKA HIDUP INI
AKAN SENTIASA SUSAH
TAPI
JIKA LU BERSEDIA MEMBUAT
PEKARA YANG SUSAH
MAKA HIDUP LU AKAN SENANG
BRO
PENDAPATAN KITA
DARI KERJA YANG KITA BUAT
KEHIDUPAN KITA
DARI APA YANG KITA LAKUKAN
BRO
LEBIH BAIK DIBENCI
KERANA SIAPA DIRI KITA
YANG SEBENARNYA
DARI DISAYANGI
JIKA BUKAN DIRI KITA
BRO
IANYA TAK BERULANG
SEKALI LAGI
INILAH YANG MENJADIKAN
HIDUP INI INDAH
BRO
HARI INI KAMU ADALAH KAMU
TAKDA YANG BENAR
MELAINKAN BENAR
BRO
HIDUP INI HANYA SEKALI
KALAU KITA LAKUKAN
DENGAN BETUL
SEKALI DAH MENCUKUPI
BRO
BILA HUJAN
CARI PELANGI
BILA GELAP
CARI BINTANG
BRO
UNTUK MENJALANI HIDUP
KITA PERLU MASAALAH
KALAU APA YANG KITA MAHU
SEMUA DAPAT DENGAN
SEKELIP MATA
APA GUNA HIDUP
BRO
JADILAH DIRI LU SENDIRI
CAKAP APA LU NAK CAKAP
KEPADA YANG TERGANGGU
TAK MENGAPA
KEPADA YANG TAK MENGAPA
TAK MENGANGU
BRO
DALAM HIDUP
YANG WAJIB KITA PEGANG
ADALAH BERPEGANGAN
SESAMA KITA
BRO
LU DIHADIAHKAN
HIDUP INI
KERANA LU ADA KEKUATAN
UNTUK MELAYARINYA
BRO
KESUSAHAN
UNTUK MENGERAKAN KITA
BUKAN MELALAIKAN
SEMANGAT MANUSIA INI
AKAN KUAT BILA ADA KONFLIK
BRO
BERBUAL LAH
PADA DIRI LU SENDIRI
SAMA SAPERTI LU
BERBUAL DENGAN
ORANG YANG LU CINTAI
AMIN
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERKHALWAT
1 ulasan:
Tahniah tak tak. Anda telah diresapi roh arwah nenek moyang. Akhirnya arwah roh dapat merasa pulut ayam yg dibawa anak cucu cicit.
Kalau tak tak sakit perut dan muntah, itu tandanya anak cucu cicit terbukti tipu arwah nenek moyang bagi makanan murah dan EXPIRED. Lain kali bawa kentucky friend chicken dan dunkin donut. Apam semua tak mau. Lau orang makan sedap tapi bagi kat arwah yg mutu kurang baik. Bagi tembakau rokok daun harga seringgit, korang hisap dunhill dan curut mahal. Paling lekeh pun letak lah gudang garam surya, mana tau tt akan dirasuk roh nenek moyang kemudian isap rokok gudang garam surya.
Catat Ulasan