Isnin, 7 Mac 2022

HUJAN TURUN TAK BERHENTI

 



7 sungai Lembah Klang lepasi paras bahaya

TUJUH sungai di Kuala Lumpur dan Selangor dilaporkan melebihi paras bahaya setakat 5.30 petang hari ini berikutan hujan lebat.

Menurut laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kesemua sungai terbabit menunjukkan aliran menaik sejak awal petang tadi.

Stesen sungai Klang di Jambatan Tun Perak merekodkan bacaan 30.12 meter. Bacaan biasa di sini ialah 25 meter.

Sementara itu stesen Sungai Gombak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur merekodkan bacaan 31.99 meter melebihi paras bahaya dengan bacaan biasa 29 meter.

Dua stesen air di Gombak, dan Bandar Country Homes dan Kampung Melayu Seri Kundang di Rawang berada pada paras bahaya masing-masing dengan bacaan 19.82m dan 24.66m.

Stesen Sungai Jenderam di Jenderam Hilir dan satu di Pulau Meranti merekodkan bacaan melebihi paras bahaya masing-masing dengan bacaan 12.42m dan 17.32m.

Stesen Sungai Klang di USJ 1 dilaporkan meningkat melepasi paras bahaya dengan bacaan 12.57m berbanding bacaan biasa 10.9m.

Menurut laman web itu, setakat 5.45 petang, paras air di Kedah, Selangor dan Johor kini berada pada tahap bahaya.

Hujan lebat petang tadi menyebabkan banjir kilat di beberapa bahagian Kuala Lumpur.

Laporan awal menyebut Jalan Kuchai Lama terjejas teruk, dengan beberapa jalan terputus akibat dinaiki air. Jalan Pinang turut dinaiki air.

Antara kawasan yang terjejas ialah terowong Tabung Haji, terowong Jalan Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Pahang, Jalan Sri Permaisuri dan Jalan Tun Razak.

Terdahulu Smart Tunnel menerusi Twitter memaklumkan terowong itu akan ditutup mulai jam 5 petang dan seterusnya bagi membolehkan air mengalir.

Berikutan hujan lebat dan banjir di sekitar Kuala Lumpur, Tenaga Nasional Berhad turut menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik bagi memastikan keselamatan pengguna.

Senarai stesen ini boleh dilihat di FaceBook mereka.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menerusi Twitter turut mengarahkan kementerian dan agensi berkenaan mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan semua.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkongsi gambar yang mana air telah memasuki rumah di kawasan Sungai Buloh.

Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Johor.

Sebelum ini, Hujan lebat pada 17 dan 18 Disember lalu menyebabkan banjir besar di beberapa negeri, termasuk Perak, Pahang, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Bencana itu adalah luar biasa kerana banjir sekitar waktu itu lazimnya melanda negeri pantai timur. Ia menyebabkan lebih 70,000 orang kehilangan tempat tinggal serta meragut 55 nyawa.

Selangor adalah antara negeri yang paling teruk terjejas, yang mana beribu-ribu mangsa banjir telah dipindahkan. – 7 Mac, 2022.
 

KITA SEMUA

WAJIB BERJAGA

BERHATI  HATI

AMIN 

HUJAN TURUN

TIAP PETANG

AMIN

INI TANDA

PEMANASAN

DUNIA

AMIN

INI AMARAN

ALAM PADA

UMAT MANUSIA

AMIN

JIKA MANUSIA

MENERUSKAN

 GAYA HIDUP

SEPERTI SEKARANG

AKIBATNYA 

MALAPETAKA AKAN

AKAN SAMPAI

KHALAS

Tiada ulasan: