HULURKAN
BANTUAN
AMIN
BUKA LAMAN INI
JIKA KAWAN KAWAN & PEMBACA
JIKA KAWAN KAWAN & PEMBACA
TUKAR TIUB
INGIN MENDERMA
UNTUK MENCAPAI
$60,000 RINGGIT
https://yck.give.asia/campaign/let-s-help-madam-loh-restart-her-life#/
Loh berhenti kerja untuk lebih dekat dengan anak-anak
LOH Siew Hong meletakkan jawatannya sebagai pembantu tukang masak di Genting Highlands supaya lebih dekat dengan tiga anaknya yang terpisah sejak tiga tahun lalu.
Ibu tunggal berusia 34 tahun itu memberitahu The Malaysian Insight beliau kini merancang untuk menubuhkan perniagaan makanan trak (food truck) yang akan membuatkannya lebih dekat dengan anak-anaknya sepanjang masa.
Ketika ditanya bagaimana respons majikannya susulan peletakan jawatannya, Loh berkata, bosnya sangat memahami keadaannya dan menerima surat peletakan jawatannya dengan baik.
Pada masa ini, Loh berkata, pengasas Yayasan Chow Kit Dr Hartini Zainuddin sedang mengumpul dana untuk membantunya dalam perniagaan makanan trak serta pendidikan anak-anaknya.
Selain mengumpul dana, Dr Hartini juga mendapatkan sukarelawan untuk mengajar anak-anaknya dalam pelajaran.
Pada masa ini, Loh berkata, beliau sedang menyimpan wang untuk menyara diri dan anak-anaknya sehingga perniagaan makanan trak menjadi kenyataan.
“Saya bercadang untuk menjual ais kacang, cendol, koktel buah-buahan dalam trak makanan saya di sekitar Kuala Lumpur,” katanya sambil menambah beliau akan mengambil masa sekitar satu tahun untuk bangkit semula.
Pada masa ini, kutipan dana dalam talian yang dibuat oleh Dr Hartini terkumpul sebanyak RM15,850.
Loh melahirkan rasa terima kasihnya kepada orang ramai yang menawarkan diri untuk membantunya membina semula keluarga.
Beliau berkata, sejak kembali bersama tiga anaknya, mereka berkongsi detik penting sepanjang tiga tahun mereka tidak bersama.
Loh berkata, keluarganya juga memberi sokongan moral dan membantunya dari segi pengangkutan kerana beliau tidak memiliki kenderaan.
Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan habeas corpus baginya untuk menuntut semula hak penjagaan anak kembarnya, 14, dan anak lelaki, 10, dan mereka disatukan semula.
Mereka berjauhan sejak Loh berpindah ke rumah kerajaan untuk mangsa penderaan domestik pada 2019. Kanak-kanak itu diIslamkan oleh bapa mereka tanpa kebenaran Loh selama bertahun-tahun mereka berpisah dan dijaga oleh NGO di Pulau Pinang. – 3 Mac, 2022.
SAPA ADA
DUIT LEBIH
AMIN
SAPA ADA
NAK HULUR
AMIN
SAPA NAK BUAT
AMAL JARIAH
AMIN
MARI KITA SESAMA
BANTU IBU INI
AGAR DIA TERUS
BERSAMA
ANAK ANAK
AMIN
https://yck.give.asia/campaign/let-s-help-madam-loh-restart-her-life#/
1 ulasan:
Semoga Allah melimpahkan pahala dan kesejahteraan hidup pada tt dan semua yang membantu puan loh siew hong ini
Catat Ulasan