Rabu, 2 Mac 2022

MAT KOBID GANGGU CERAMAH

 


Ceramah Pakatan tidak seperti dulu tetapi isu rasuah masih hangat

CERAMAH mega Pakatan Harapan (PH) dan Muda malam tadi ada resepi yang cukup untuk jadi sebuah ceramah yang hangat apabila menampilkan Mohamad Sabu, Liew Chin Tong, dan Amira Aisya.

Lokasinya juga menarik, di bilik operasi pilihan raya Kota Iskandar yang terletak di Jalan Utama di Taman Mutiara Rini, Skudai.

Cuma yang tiada hanyalah khalayak yang ramai yang biasa hadir ceramah mega seperti ini.

Boleh jadi kerana sekatan ketat pencegahan Covid-19 yang membenarkan hanya 100 hadirin. Atau boleh jadi juga kerana pandemik Covid-19 yang menyebabkan kedai-kedai berdekatan tutup 9 malam.

Apa pun, ceramah mega PH yang pertama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor gagal menarik hadirin seperti sebelumnya.

Biarpun ada lebih kurang 100 hadirin malam tadi, kebanyakannya wartawan, pekerja parti dan penguatkuasa dari Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Tetapi ramai atau tidak yang hadir, semua penceramah memberi fokus kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Ini pilihan raya yang tidak sepatutnya diadakan kerana mandatnya sehingga tahun depan,” kata Amira, yang bertanding mewakili Muda di Puteri Wangsa.

Setiausaha Agung Muda berkata BN berbohong apabila memberi alasan pilihan raya ini perlu untuk kestabilan politik.

“Politik yang tidak stabil ini kerana BN. Bagaimana mereka kata mahu kestabilan politik dengan mengadakan satu lagi pilihan raya yang menelan kos?” tanyanya.

Menurut Amira, pilihan raya ini peluang bagi pengundi Johor menafikan hujah BN dan memberi sokongan kepada PH, yang menang sebelum ini pada pilihan raya umum 2018.

PH bagaimanapun tersingkir akibat percaturan politik Langkah Sheraton selepas Bersatu menarik diri daripada gabungan itu untuk membentuk kerajaan dengan BN pada Februari 2020.

Penyandang Kota Iskandar Dzulkefly Ahmad dari Amanah kemudian berucap mengingatkan pengundi prestasi PH di Johor.

Walaupun tempoh pentadbiran PH di negeri itu singkat, ia berjaya meningkatkan pendapatan negeri, mengurangkan tanggungan dan menambah simpanan kepada lebih RM3 bilion.

Ceramah dua jam malam tadi ditutup dengan Mohamad dan Liew, yang juga bekas menteri dan timbalan menteri pertahanan.

“Kita sudah mulakan sesuatu yang baik pada 2018 apabila kita menaikkan gaji minimum dan memperkenalkan pembaharuan seperti kertas putih untuk pertahanan.

“Jadi, jangan patah balik ke belakang,” kata Liew, yang juga pengerusi DAP negeri.

Mohamad kemudian naik ke pentas dengan mengangkat isu bekas perdana menteri Najib Razak dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Biarpun 1MDB bukan isu baharu, tetapi ia masih mendapat perhatian.

Antara yang hadir di ceramah malam tadi ialah CM Ching, pengundi berumur 61 tahun.

“Saya tahu PH ada buat silap masa jadi kerajaan. Ada yang saya tak suka misalnya potongan dana untuk Kolej TAR.

“Tetapi keseluruhannya PH tidaklah terlalu teruk. Saya percaya rasuah di sebelah sana lagi teruk,” katanya, yang duduk mendengar ceramah sampai akhir.

Ceramah mega malam tadi mungkin hambar jika dibanding dengan ceramah seumpamanya pada 2018. Namun bagi pengundi seperti Ching, isu rasuah masih lagi relevan.

Untuk menang Johor, PH cuma perlu memastikan mesej itu lebih lantang berbanding malam tadi. – 2 Mac, 2022.
 

CILAKAK

MAT KOBID

KACAU CERAMAH

AMIN

CERAMAH BUDAYA

POLITIK SEBELUM

KE JALAN RAYA

AMIN

LAGI CEPAT 

MATI MAT KOBID

LAGI CEPAT KITA

KEMBALIKAN

BUDAYA CERAMAH

AMIN

LAGI CEPAT

KITA BOLEH 

KE JALAN RAYA

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan salahkan kobid kalau rakyat dah bosan dengan wayang kulit Pakatan Harapan; pandai buat aduan, tapi gagal selesai masalah. Sibuk rebut kuasa nak jadi perdana menteri. Kalau nak banyak lagi orang pergi ceramah Pakatan, suruhlah Abam buat tarian hindustan atau tarian singa.

Tanpa Nama berkata...

Kau tahu malam itu, bila kita bertawa minum makan bersama rakan rakan. Malam terakhir minggu siswa minggu hadapan semua akan balik ke kampung. Ada membawa gadis, tunang janji berteman. Semua senyum lapang dada minggu kampus sudah berakhir. Tiba tiba seorang datang dan membawa susah hati. Dia mahu bertanding pilihanraya kampus! Dan semua wajib sokong dia kalau tak dia akan menuntut jasa dan baik. Menyesal keluarkan dia dari Jel.