Jumaat, 22 April 2022

AKIBAT ALAH GARIS POLITIK

 



Palestin gesa AS campur tangan henti serangan Israel

PRESIDEN Palestin Mahmoud Abbas menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan pentadbirannya campur tangan menghentikan tindakan Israel di wilayah Palestin, terutamanya di Baitulmaqdis Timur, lapor Xinhua.

Abbas membuat permintaan itu pada Khamis ketika mengadakan pertemuan dengan Pemangku Penolong Setiausaha Negara AS bagi Hal Ehwal Timur Tengah Yael Lambert dan Timbalan Penolong Setiausaha Negara bagi Israel dan Hal Ehwal Palestin Hady Amr, di bandar Ramallah Tebing Barat.

Abbas memberitahu dua wakil AS bahawa “Israel perlu segera menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin dan menghormati sepenuhnya undang-undang dan sejarah Masjid Al-Aqsa,” lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Abbas menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap situasi yang semakin meruncing di wilayah Palestin, terutamanya di Baitulmaqdis Timur dan di Masjid Al-Aqsa.


“Keengganan Israel menghentikan tindakan unilateral dan mematuhi perjanjian yang ditandatangani, membenarkan pemimpin Palestin melaksanakan keputusan Majlis Pusat PLO dalam masa terdekat,” kata Abbas.

Beliau memberi amaran terhadap peningkatan pencerobohan Israel di bandar, kampung dan kem Palestin, pembunuhan rakyatnya dan “serangan kejam di Tebing Barat, akan membawa kepada akibat lagi buruk.”

“Adalah penting mewujudkan persefahaman politik hingga membawa kepada penamatan pendudukan Israel di wilayah Palestin,” kata Abbas, sambil menggesa pembukaan semula Konsulat AS di Baitulmaqdis Timur.

Dua diplomat tinggi AS itu melawat Israel, Jordan dan Tebing Barat dalam usaha menamatkan ketegangan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Ketegangan antara Israel dan Palestin memuncak sejak beberapa minggu lalu susulan perayaan Yahudi Passover bertindih dengan Ramadan, bulan suci umat Islam.

Perkarangan Masjid Al-Aqsa merupakan tapak suci bagi umat Islam dan Yahudi. – Bernama, 22 April, 2022.              


   

TAHUN 1974 PLO

ARAFAT BERUCAP

DI P.B.B

AMIN

PUNCAK KEJAYAAN

PALESTIN & PLO

AMIN

KEMUDIAN 

PEMBELOTAN

DINAR DAN DOLAR

MASUK

AMIN

PLO BUAT

DUA GARIS POLITIK

YANG SALAH

AMIN

PERTAMA IKTIRAF

ISRAEL

AMIN

KEDUA LETAK

GARIS POLITIK

ANGKAT SENJATA

AMIN

SEMENJAK ITU

GERAKAN PALESTIN

TERBARARAI 

AMIN

 DARI

BERJUANG UNTUK

REBUT BUMI 

PALESTIN DARI

DIJAJAH KOLONIAL

OELH ISRAEL

MENJADI

GARIS AGAMA

 KHALAS 

AKIBATNYA

MAKIN KURANG

SIMPATI DUNIA 

PADA PALESTIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah. Azof ukeren pakai senapang matador. Senapang dicipta Israel, Singapore dan Jarman Nobel dynamite. Garis ekstrim kanan diserap masuk dalam ketenteraan ukeren. Patutla taktik perang sama macam israel. Dekat nak kalah angkat bendera putih mohon laluan kemanusiaan bila ceasefire dia tembak dulu. Kimak azof. Simpan benteng manusia dalam mesjid. Putin betul betul dalam selut ukeren. Mau tak mau terpaksa belah ukeren jadi dua. Kempen perang lagi Lima tahun. Mungkin peluang hinjak pax Americana. Mungkin terpaksa tutup Dunia dalam cold war lagi sekali.