Sabtu, 2 April 2022

BEBASKAN GANJA DARI BAGINDA QUEEN

 



Usaha lulus ganja perubatan bukan mudah

SAYA menerima satu laporan dan klip video tentang seorang penggiat seni yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti ganja dan dadah.

Saya tidak akan mengulas berkenaan kes ini dan akan serahkan kepada pihak mahkamah dan peguam. Saya tidak mahu mengganggu perjalanan kes.

Saya cuma hendak ulang pendirian saya dalam isu penggunaan ganja atau kanabis.

Sejak menjadi menteri pada 2018-2020, saya konsisten dalam menggesa kerajaan untuk membenarkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan (medical cannabis).

Malah, Kementerian Kesihatan di bawah bekas menteri, Dr Dzulkefly Ahmad pun ada keluarkan beberapa kenyataan tentang kesediaan kementerian untuk membuka ruang kajian perubatan kanabis di Malaysia.

Ia juga disambut dan diteruskan di bawah Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin sekarang.

Keputusan dan gesaan ini dibuat kerana kita ikut fakta, data dan sains. Bukan buat sebab trend atau cakap-cakap orang. Ia boleh dijadikan sumber rawatan alternatif untuk banyak pesakit.

Saya juga pernah berbahas dalam Dewan Rakyat tentang potensi perubatan kanabis jika ia dibenarkan di Malaysia.

Lebih 40 buah negara sudah membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan. Nilai pasaran industri ini cecah RM60 bilion.

Saya sendiri ambil tanggungjawab dalam memperkenalkan industri ini di negara kita.

Ini bukan satu tugas yang mudah tetapi saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan ada perkembangan yang baik nanti. – 31 Mac, 2022.

* Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ahli Parlimen Muar dan bekas menteri belia dan sukan.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


MASANYA

DAH SAMPAI

KITA BEBASKAN

GANJA & KETUM

DARI HUKUM

UNDANG UNDANG

BAGINDA QUEEN

AMIN

DARI PROJEK

NIXON ANTI

ANAK MUDA

ANTI NEGRO

KHALAS

Tiada ulasan: