Jumaat, 29 April 2022

GARIS TEPAT KENALI MUSUH JUTAMA

 



Amanah Kelantan sertai kempen dengan Ku Li untuk guling PAS

DUA kempen berasingan melibatkan pemimpin Amanah kini sedang digiatkan di Kelantan dengan salah satu darinya melibatkan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Kempen bersama Tengku Razaleigh itu disertai Amanah Kelantan manakala bekas naib presiden parti itu Husam Musa pula menggerakkan NGO Save Kelantan.

Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan Che Ibrahim Mohamad berkata pergerakan itu sudah lama dipelawa oleh Tengku Razaleigh untuk menyertai gerakan Angkatan Amanah Merdeka.

“Ku Li ajak dan bincang dengan semua parti parti di Kelantan termasuk Amanah (tentunya tidak termasuk PAS sebab gerakan ini hendak tukar Kerajaan di Kelantan) tidak kurang dari empat kali.”

Dalam kenyataannya, Che Ibrahim berkata satu sekretariat bagi gerakan rentas parti dipimpin Tengku Razaleigh itu sudahpun ditubuhkan dengan penyertaan dan perbincangan wakil Amanah.

Usaha mengenai kerjasama itu menjadi tumpuan ekoran pertemuan pemimpin tertinggi Amanah Kelantan bersama Tengku Razaleigh dalam majlis berbuka puasa hujung minggu lalu.

Ia dilaporkan disertai Pengerusi Amanah Kelantan Muhammad Hussin, bekas pengerusi Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan pemimpin sayap pemudanya Hazmi Hassan.

Pada Julai tahun lalu, Che Ibrahim mendedahkan kerjasama mula dijalin dengan pemimpin Umno bagi mengelak pertembungan dalam pilihan raya umum akan datang.

Ia antara usaha dalam jajaran baharu yang dirintis selepas Umno memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang.

Seterusnya pada Januari lalu, Umno Kelantan mengumumkan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam PRU15, namun kekal menyokong kerajaan negeri sehingga DUN bubar.

Mengulas mengenai NGO Save Kelantan yang digerakkan Husam, Che Ibrahim dalam kenyataannya semalam berkata Amanah Kelantan tidak tahu menahu mengenai usaha itu.

“Ada pun Save Kelantan, Amanah tidak tahu menahu, tidak pernah diajak untuk dibincang, tidak pernah disebut dalam apa apa mesyuarat Amanah,” katanya lagi.

Tambahnya, Amanah Kelantan juga tidak perlu menyertai usaha bersama Save Kelantan.

“Jadi tidak timbul soal kena bersama, Amanah kena sokong Save Kelantan atau seumpamanya.

“Sebab setakat hari ini, Amanah tidak pernah dipelawa untuk bersama Save Kelantan sebagaimana Save Kelantan tidak pernah berhasrat untuk bersama Amanah dari semenjak awal gerak kerjanya.”

Menurut Husam yang juga bekas Adun Salor, kempen yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 7 Mei itu bakal menjadi wadah untuk menegur menegur kerajaan negeri dengan lantang.

Beliau dilaporkan berkata, Save Kelantan yang dipengerusikannya itu sebuah NGO yang melangkaui fahaman politik dengan fokus kepada cadangan menyelesaikan isu rakyat.

Menurutnya, Save Kelantan berwawasan untuk mewujudkan mekanisme semak dan imbang terhadap tindakan kerajaan negeri.

Antara isu yang akan diketengahkan termasuk bekalan air bersih, infrastruktur terutama jalan perhubungan dan masalah pembalakan, katanya.

PAS mentadbir Kelantan pada waktu ini dengan memenangi 39 daripada 45 kerusi negeri dalam pilihan raya umum Mei 2018.

Umno melalui Barisan Nasional pula hanya menang kerusi Kok Lanas, Bukit Bunga, Kuala Balah, Nenggiri, Gual Ipoh dan Paloh, kurang tujuh daripada 13 kerusi yang dimenangi pada 2013.

Amanah yang menguasai kerusi Salor selepas pilihan raya umum 2013 tewas di semua kerusi yang ditandingi pada 2018. – 29 April, 2022.     

INI GARIS TEPAT

INI LANGKAH BAIK

AMIN

KENALI MUSUH

UTAMA

AMIN

SAPA MUSUH

UTAMA

WARGA KELANTAN

AMIN

BEBASKAN

WARGA KELANTAN

DARI TEH TARIK

AMIN



Tiada ulasan: