Gempa bumi 5.7 magnitud landa selatan Bosnia
GEMPA bumi berukuran 5.7 skala Ritcher melanda selatan Bosnia semalam, dan gegaran dirasai di seluruh Balkan, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
USGS dalam kenyataan berkata gempa berlaku pada 11.07 malam waktu tempatan dan berpusat 14 kilometer timur laut bandar Ljubinje.
Gegaran turut dirasai di Albania dan selatan Itali, katanya.
Manakala wartawan AFP melaporkan gegaran juga dirasasi sehingga Belgrade, Zagreb dan Skopje, lebih 400 kilometer dari pusat gempa.
Sementara itu, media tempatan melaporkan seorang terbunuh manakala beberapa lagi cedera ringan dalam kejadian semalam.
Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean memberi amaran gegaran susulan mungkin berlaku dalam tempoh beberapa jam dan hari akan datang. – AFP, 23 April, 2022.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan