Khamis, 28 April 2022

MALAYSIA BERTARAF INTERNASIONAL

Syarikat Perancis didakwa terlibat rasuah pembelian kapal selam Malaysia

SYARIKAT pertahanan Thales telah didakwa di mahkamah Perancis kerana bersubahat dalam rasuah berkait penjualan kapal selam pada 2002 kepada Malaysia, kata sumber rapat siasatan kes itu.

Kes yang berlarutan sekian lama itu dibuka pada 2010, yang akhirnya mengaitkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Perjanjian bernilai AS$1.2 bilion bagi pembelian dua kapal selam Scorpene dan satu kapal selam Agosta bersama unit limbungan tentera laut Perancis DCN ditandatangani ketika Najib jadi menteri pertahanan.

DCN kini sebahagian daripada Thales menerusi perjanjian bernilai AS$1.2 bilion (RM5.23 bilion).

Rakan sekutu Najib, Abdul Razak Baginda, bertindak sebagai penasihat dalam perjanjian tersebut. Razak Baginda dituduh menggelapkan sogokan lebih 114 juta euro (RM528 juta) sebagai “kerja-kerja rundingan” melalui sebuah syarikat di mana beliau adalah pemegang saham terbesar.

Wang itu kemudian didakwa diberi kepada Najib, yang kini dihadapkan dengan pertuduhan kes rasuah.

Razak Baginda didakwa di Perancis pada 2017, manakala Najib telah disoal siasat agensi antirasuah Malaysia.

Secara keseluruhannya, sembilan defendan termasuk Thales telah didakwa di Perancis dan siasatan ditutup pada Januari 2022, kata sumber.

Antara yang didakwa termasuk bekas pengerusi DCN International Philippe Japiot, bekas ketua eksekutif Thales Jean-Paul Perrier dan dua bekas eksekutif lain.

Keempat-empat mereka menafikan sebarang salah laku manakala kerajaan Malaysia berkata tiada unsur rasuah dalam kontrak tersebut.

Thales ketika dihubungi AFP menentang sekeras-kerasnya dakwaan terhadap syarikat itu.

Pendakwa raya pejabat jenayah kewangan Perancis akan mempertimbang permintaan lanjut hakim yang akan memutuskan sama ada kes itu akan dibicarakan di mahkamah atau tidak, walaupun rayuan berhubung kes itu difailkan pada Mei 2021. – AFP, 27 April, 2022.

BANGGA

BANGGA SEBAGAI

RAKYAT

MALAYASIA

AMIN

TAHAP RASUAH

KITA KINI

DIIKTIRAF KE TAHAP

INTERNATIONAL

KHALAS

DI NEW YORK

KITA RASUAH

AMIN

DI PARIS KITA

RASUAH

AMIN

KEJAYAAAN

DUA SOSOK

 ISLAM MELAYU

NAJIB & RAZAK

CUKUP

 MEMBANGGKAN

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini lah contoh anak kurang ajar. Malu apa Di kata nya.

Tanpa Nama berkata...

Memang 'bangga' jadi rakyat Mesia. Ke mano-mano orang konal Mesia. Bukankah itu yang dikejarkan, nama negaro sentiasa menjadi buah mulut penduduk seluruh dunio. Dulu berbilion manusia dunio tak tau kat mani Mesia tu.. Orang Amerika tu nama je maju tapi tak tau mano Mesia... tapi sekarang dah tau ! Banggonya ... hingga tak terkato, meleleh air mato nengonangkannya.. Terbeloh maruah, tertebus maruah bangso, terkobal seluruh dunio, mungkin kat syorgo ko? t