Selasa, 12 April 2022

TOKAN DADAH TAK KAYA LAGI ?

 


Tiada data sokong keperluan dos penggalak kedua, kata pakar

TIDAK ada data mencukupi untuk menyokong keperluan dos penggalak Covid-19 kedua walaupun dengan kemunculan sub varian Omicron XE, kata pakar kesihatan.

Walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata Omicron XE adalah 10% lebih mudah berjangkit, mereka berkata tidak ada data mencukupi berkenaan kesan sampingan berpunca daripada virus itu.

Berdasarkan kepada pengalaman Israel, di mana dos keempat vaksin diberikan, mereka berkata ia menunjukkan data tambahan itu memberikan kesan sedikit, hampir tiada kesan langsung.

Jika ada keperluan untuk vaksinasi selanjutnya, syarikat farmaseutikal akan perlu tampil dengan vaksin baharu bagi melawan varian baharu, kata mereka.

Pensyarah Jabatan Perubatan Sosial dan Pencegahan Universiti Malaya Prof Dr Moy Foong Ming berkata data tidak cukup untuk menyokong keperluan suntikan dos penggalak kedua.

“Walaupun kita tahu Omicron XE adalah 10% lebih mudah berjangkit berbanding varian Omicron semasa, kita tidak pasti adakah Omicron XE membawa gejala lebih teruk atau adakah vaksin tidak berkesan melawannya.

“Kita perlu lebih banyak bukti dan data yang menunjukkan dos penggalak kedua diperlukan atau dos penggalak pertama tidak cukup untuk melawannya.

“Ini perlu dipertimbangkan menerusi pemantauan data berterusan dari Barat selain negara kita sendiri. Pada masa ini, dos suntikan penggalak kedua mungkin belum diperlukan,” katanya.

Ahli epidemiologi dari Universiti Putra Malaysia Dr Malina Othman senada dengan pendapat itu, berkata tidak ada keperluan untuk dos keempat diberikan kerana langkah kesihatan sedia ada sudah mencukupi.

“Data diperlukan untuk menjustifikasi sama ada kita perlu suntikan keempat atau tidak, di mana tidak ada petunjuk pada masa ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Varian Omicron XE kali pertama dikesan di UK pada 19 Januari. Ia mutasi daripada Omicron BA.1 dan BA.2.

Walaupun Omicron XE belum ditemui di Malaysia, pakar kesihatan berkata tunggu masa saja sebelum ia tiba di negara ini. Terutama pada masa ini sempadan negara sudah dibuka.

Kajian klinikal dari Israel, antara negara terawal memberikan dos keempat, menunjukkan vaksin itu mengembalikan antibody ke paras pemerhatian selepas dos ketiga, tetapi hanya memberikan rangsangan sederhana dalam melindungi diri terhadap jangkitan.

Di Amerika Syarikat, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit mengesyorkan dos keempat bagi individu berusia 50 tahun dan individu lebih muda yang lemah imunisasi. – 12 April, 2022.

WOIT

BERAPA KALI

LAGI NAK

KENA CUCUK

KAH KAH KAH

TOKAN DADAH

MASIH PERLU

DUIT

KAH KAH KAH

TOKAN NAK

KUMPUL DUIT

UNTUK BELANJA

NAK DAPAT

KUASA DALAM 

PARTI

KAH KAH KAH

KAYA DAH KAYA

TAPI MASIH

BELUM CUKUP

AMIN


2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Kahkahkah ..tokan dadah lom konyang yo. Sekarang mereko cubo lak rompak guno topeng ..ehhhh ..maksud gwa topeng kovid musti kono chop SIRIM, kok tak chop ..dondo 100,000 hinggit ..kahkahkah kiri kanan tombolok ponoh. Nak tanyo ..Pengarah SIRIM ado persen tak ..jgn marah, tanyo jo ..kahkahkah

Yeop sepet berkata...

Sembab pun ada share gak. Ada 2 tokan,anak sembab dgn KJ. Dah mcm Cali Kartel lwn Medellin kartel.