Selasa, 19 April 2022

YA MUFTI YA MAULANA

 



Berdosa peguam bela pihak yang salah, wang diterima haram – Mufti Perlis

KUALA LUMPUR – Berdosa jika seorang peguam membela pihak diketahui bersalah dan wang pembayaran yang diterimanya adalah merupakan rezeki yang haram.

Mufti Perlis,  Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dosa wang yang diambil daripada pihak yang salah itu lebih buruk daripada hasil pelacuran.

“Kerana dosa pelacur antara dia dengan Allah sahaja. Sementara dosa wang guaman yang batil merupakan kezaliman ke atas pihak yang lain,” kata Mohd. Asri.

Beliau menjawab pertanyaan oleh beberapa peguam mengenai kerjaya mereka yang kadang-kala membela atau mempertahankan kes-kes yang mereka tahu berada di pihak yang salah ataupun zalim.

Mohd. Asri berkata, menjadi prinsip Islam untuk menyuruh membela yang benar dan mengharamkan membela yang salah ataupun yang dosa.

Tegasnya, kebenaran dan kesalahan diukur dengan pengetahuan seseorang mengenai hakikat sesuatu perkara yang dibela tersebut.

“Jika dia percaya itulah yang benar berdasarkan keilmuannya yang mencukupi pada keyakinannya maka pembelaan itu menjadi pahala untuknya. Sekalipun kemungkinan pada ijtihad orang lain pendapat itu salah.

“Demikian juga kesalahan atau kebatilan. Jika seseorang itu tahu bahawa perkara yang dibela itu salah atau dia percaya tidak benar namun dia tetap membela kerana kepentingan dirinya atau ketaksubannya atau sikapnya yang tidak adil maka dia berdosa,” katanya.

Justeru menurut Mohd. Asri, seseorang peguam patut menilai kes-kes yang dia ambil untuk dibela.

Tambahnya, peguam perlu diingatkan bahawa pembelaan perkara batil akan memenangkan pihak diwakili tetapi menzalimi pihak yang ditentang.

Kezaliman tersebut akan dituntut dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

“Jika ia membabitkan harta atau nyawa atau maruah atau apa sahaja, maka doa pihak yang dizalimi akan memburu orang yang zalim.

“Kehidupan itu bukan sahaja di mahkamah, tetapi di luar mahkamah ada kehidupan sebenar peguam itu sendiri.

“Demikian kehidupannya di akhirat. Allah tidak lupa kepada orang yang zalim. Maka berhati-hati bagi setiap kes yang diambil dan dibela agar tidak menzalimi pihak yang lain,” kata Mohd. Asri.-


YA MUFTI

YA MAULANA

AMIN

SAPA TAKUT

PADA DOSA

BILA MELIHAT 

 FULUS

KAH KAH KAH

LAGI PUN

AGAMA ADA AJAR

LEPAS  BERDOSA

BOLEH CIUM

BATU ITAM 

KAH KAH KAH

LU TAK CAYA

 TANYA NAJIB

KAH KAH KAH

JADI SUCI BERSIH 

BOLEH  REMBAT

SEKALI LAGI

KAH KAH KAH

WOIT 

MAULANA

CUBA PIKIR 

BAGAIMANA NEGARA

 KAPIR LAKNAT

TAKDA AGAMA

TAKDA DOSA PAHALA

TAPI MASYARAKAT

TERSUSUN

PEMIMPIN NEGARA

TAK MENCURI

AMIN

BOLEH KITA IKUT

CARA

 KAPIR SWEDEN

AMIN

OPPS.... MAAAF

KITA ORANG

ISLAM

TAK LEH IKUT

CARA KAPIR

AMIN

UCAP KRISMAS 

PUN DILARANG

IKUT SISTEM

PEMERENTAHAN

KAPIR SWEDEN

LAGI HARAM

KAH KAH KAH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ostat2 wahabi hampir semuanya tak mengerti anaLogi. contoh teLadan. keberkatan. perbandingan.. metaphor....semuanya kena snap satu2... menoLak kedauLatan akaL

mereka hanya mengerti koLeksi bida'ah yg mereka kumpuL dan reka2 setiap hari. sehingga tak perasan bahawa perbuatan mereka mengumpuL bida'ah. sesat. saLah akidah. menyeLeweng itu juga satu perbuatan yg bida'ah maLah mengundang kemarahan dan perpecahan

mereka seLaLu syiok dan meresa terkahadapan daLam igama seoLah2 mereka jeLmaan manusia zaman para nabi2 dahuLu kaLa

syeikh wahab dengan syeikh i.s.i.s syeikh terrorism radikaL semuanya ciptaan koLoniaL ImperiaLism

aminnnn

Rosli berkata...

Apa la Mufti Perlis Serba Tau ni merepek. Mana tahu pihak mana yang salah, sebab tu dibicarakan di mahkamah. Kàlu boleh letak salah macam tu je, masukkan segera Najib dan Zahid dalam penjara. Semua orang mahu buktikan tak bersalah. Mufti boleh kata HARAM bela orang salah... Nak muntah la baca cerita camni.