Sabtu, 7 Mei 2022

DOKTOR ANJING BERHATI MULIA

 


K-9 Cottage dijangka buka semula lepas setahun, kata pemilik

K-9 COTTAGE, pusat terapi haiwan di Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor dijangka dapat dibuka dan beroperasi semula dalam tempoh enam bulan hingga setahun.

Pemiliknya, Salehin Ibrahim pada awalnya sebelum ini mengumumkan pusat itu ditutup kerana tahap kesihatannya yang tidak begitu baik, tetapi kini sedang berusaha untuk mengembalikan keadaan di pusat itu seperti sedia kala, selepas ia musnah dilanda banjir, Disember lalu.

“Pemilik tanah pusat ini ada datang melawat saya sebelum beliau meninggal dunia dan memberitahu saya boleh tinggal di sini selama mana saya suka.

“Dia rakan sepejabat saya ketika saya bekerja di bank Hong Leong. Selepas mendengar masalah saya ketika tinggal di bandar, beliau suruh saya tinggal di kawasan tanah ini.

“Dia jaga saya hingga akhir hayatnya.”

Salehin, 60, meninggalkan kerjayanya sebagai pegawai bank untuk membuka pusat itu, atas rasa kasih sayangnya terhadap anjing.

Banjir meranapkan pusat itu. Walaupun selepas tiga bulan kerja pembersihan dilakukan, masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk membaiki pusat itu.

Salehin berkata beliau bertanggungjawab terhadap pemilik tanah berkenaan untuk memulihkan keadaan di situ, di mana beliau mempunyai tempoh pajakan 10 tahun lagi.

Kerja baik pulih

Walaupun beliau optimistik pusat itu akan dapat dibuka dalam tempoh setahun, Salehin mengakui banyak lagi yang perlu dilakukan.

Tetapi, beliau bersedia melakukannya, sambil ditemani anjing kesayangan yang setia, Hitam, Koa, Patch, Putih dan Stoner.

“Saya ada beberapa pekerja yang akan kembali bertugas selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

“Saya perlu tanam pokok untuk memberikan suasana redup. Orang ramai dialu-alukan untuk menderma pokok yang sesuai ditanam di tepi sungai.

“Kemudian, saya perlu membina jambatan menghubungkan kawasan ini dengan tapak perkhemahan lama berhampiran, yang juga akan dibina semula, bersama kelengkapan barbeku.

“Saya juga menanam semula herba dan sayuran.

“Ada pokok yang perlu ditumbangkan kerana terlalu dekat dengan rumah anjing, tetapi ada pihak ambil kesempatan terhadap keadaan saya, dengan mahu mengenakan bayaran RM1,000 setiap pokok.”

Bagaimanapun, katanya projek baik pulih utama – meluruskan dan mendalamkan sungai berhampiran rumahnya – sudah berjaya dilaksanakan.

“Pagar sudah dipasang, ia cukup melegakan kerana dapat mengelak anjing keluar dan mencegah kawasan ini dicerobohi orang luar.

“Saya beli bahan membuat pagar, dan persatu penduduk Kota Kemuning Lakeside bantu saya memasangnya.”

Salehin berkata bekalan elektrik kini ada susulan panel solar baharu sudah dipasang.

Mercy Malaysia juga dalam usaha membantu membina rumah baharu untuk Salehin.

“Bumbung sudah siap dipasang, keseluruhan rumah dijangka siap dalam tempoh dua minggu.

“Rumah itu ada satu bilik, tandas, ruang tamu, dapur dan beranda.” – 7 Mei, 2022.

SOSOK BAIK

BERHATI MULIA

AMIN

HENDAKNYA

RAMAI LAGI

WARGA KITA

MENJADI

SOSOK SEPERTI

DR ANJING INI

AMIN

Tiada ulasan: