Keputusan kes rasuah projek solar hibrid Rosmah 7 Julai
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur akan menyampaikan keputusannya mengenai perbicaraan rasuah Rosmah Mansor berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak pada 7 Julai.
“Kita sudah sampai ke penghujung jalan. Masa untuk melengkapkan perjalanan.
“Saya bercadang untuk mengambil masa dua bulan mulai hari ini dan saya bercadang untuk membuat penghakiman bertulis penuh saya pada 7 Julai apabila saya menyampaikan keputusan saya,” kata Hakim Mohamed Zaini Mazlan hari ini.
Zaini berkata beliau akan menyampaikan keputusannya pada pukul 9 pagi pada tarikh tersebut.
Perbicaraan Rosmah bermula pada Februari 2020. Mahkamah memuktamadkan perbicaraan pada 23 Februari tahun ini, selepas 42 hari perbicaraan.
Sebanyak 23 pihak pendakwaan dan dua saksi pembelaan, termasuk Rosmah sendiri, memberi keterangan semasa peringkat pendakwaan dan pembelaan sejak perbicaraan bermula. – 12 Mei, 2022.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan