Isnin, 9 Mei 2022

HARI RAYA KE 7

 




HARI RAYA KE 7
SENIN 9/5/2022
KITA SAMPAI HARI KE 7
BERAYA

ANGKA KOBID
MASIH 2000++
AGAK TIDAK MENAKUTKAN

KELMARIN 
SEMUA PULANG DARI
BALIK KAMPUNG
LEBUH RAYA PADAT
PAGI INI SEPERTI BIASA
KITA SEMUA
KEMBALI BEKERJA

DILAPORKAN 
SABRI 114 AKAN KE AMERIKA
BERSAMA BEBERAPA MENTERI
GUA HARAP
SABRI 114 DAH BELI
KAMUS DEWAN
BAHASA INGGERIS KE BAHASA MELAYU
ATAU
BAWA BERSAMA PEMBANTU
YANG FASIH MELAYU
DAN FASIH INGERIS
DAN TAHU MAKNA
BLOOD CLOOTH
KAH KAH KAH

UKRAINE
MAKIN TENAT
SOLDADU FASIS DIKEPUNG
BELUM DAPAT DIBEDIL
MASIH ADA 
ORANG BIASA YANG DIGUNAKAN
SEBAGAI BENTENG
RAMAI DAPAT LARI KELUAR
BILA SEMUA ORANG BIASA
DAH KELUAR
GUA RASA BANGUN INI
AKAN DI LEDAKAN
UNTUK SELAMA LAMANYA
KAH KAH KAH

DI PAKISTAN
IMAM MAHADI DAH MUNCUL
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
DI PINTU MASUK AGAK SUNYI
JUSTERU GUA TERDENGAR JELAS
SIMPONI CENGEKRIK

SEPASANG MURAI
BERGADUH
AH ! INDAHNYA
BILA MURAI BERTENGKAR
SUAMI ISTERI

GUA AMBIL JALAN 
POKOK MENGKUDU
JENG JENG JENG
GUA  KENAL SUARA ITU
GUA PERHATIKAN
BETUL BETUL BETUL

SANG TEMPUA
 DAH BUAT 2 BIJI RUMAH
RUMPUT DAH PANJANG
MUSIM DAH MASUK
TEMPUA MULA BERSARANG

BAYANGKAN
DI TENGAH TENGAH 
KOTA KUALA LUMPUR
KITA BOLEH TEMUI
TEMPUA BERSARANG

KL & KL SENTRAL CERAH
AWAN CAPUK CAPUK PUTIH
MATAHARI TERLINDUNG
GUA RASA HARI INI PANAS
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DAAN
SENYUMLAH

BRO
HIDUP INI BUKAN
NAK JADIKAN KITA SEMPURNA
YANG SEMPURNA
DISIMPAN DALAM MIZIUM

BRO
RENDAH DIRI
JUJUR BERJURUS
HANYA DAPAT GANJARAN
DALAM BUKU CERITA
DALAM HIDUP MEREKA
DITINDAS DAN DIKETEPIKAN

BRO
LAGI PRIMITIF SOSOK ITU
LAGI TEBAL JATI DIRI
DAN KEYAKINAN DIRINYA

BRO
SOSOK TERAKHIR YANG
LU INGAT SEBELUM TIDUR
ATAU
SOSOK PERTAMA LU
INGAT BILA LU BANGUN TIDUR
MUNKIN SOSOK YANG BAWA BAHAGIA
ATAU SOSOK YANG BAWA BALA
DALAM HIDUP LU

BRO
KADANG KADANG
KITA BERCAMPUR DENGAN
SOSOK SOSOK
YANG GAYA HIDUP MACAM
 NAK HIDUP MENONGKAT BUMI
MENCARI HARTA DAN DUIT
HINGGAKAN LUPA UNTUK
MERAYAKAN KEHIDUPAN

BRO
APA SAJA YANG LU
BOLEH SELESAIKAN
DENGAN DUIT
NILAINYA AMAT MURAH

BRO
CARA TERBAIK 
UNTUK AWEK 
TINGGALKAN LU
IALAH LU BELANJA DIA
GAYA HIDUP MAHAL
YANG LU UPAYA HANYA
UNTUK BEBERAPA HARI

BRO
LU BOLEH JADI MALAIKAT
LU BOLEH JADI PENCURI
LU BOLEH JADI ORANG BODOH
TAKDA SAPA AKAN NAMPAK
TAPI BILA BUTANG BAJU LU ILANG
SEMUA AKAN MELIHAT

BRO
JANGAN BUAT KOMPLIKASI
PADA PEKARA YANG SENANG
INILAH RAHSIA PENTING
DALAM HIDUP

BRO
APA YANG LU
TAK MEMILIKI
SELALU DILIHAT
LEBIH MENARIK
INI JUGA TERMASUK CINTA
DAN KEBODOHAN DALAM HIDUP
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERAYA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

LU BOLEH JADI MALAIKAT
LU BOLEH JADI PENCURI
LU BOLEH JADI ORANG BODOH
TAKDA SAPA AKAN NAMPAK
TAPI BILA BUTANG BAJU LU ILANG
SEMUA AKAN MELIHAT

patutlah anak jantan razak dan rahah yang tak bertuah itu tak tahu malu semasa mencuri duit rakyat. sebab malaon musibat sekor tu menyangka takda sapa akan nampak. begitu jugalah sekelian penjawat awam daripada peon sampai ke pengarah pun mencuri duit.

tapi bila dah takda kuasa butang baju tertanggal barulah semua akan nampak warna kulit penyamun beliau.

kahkahkah