Selasa, 17 Mei 2022

HELAH NAJIB RAJAAKSA

 


Ada keterangan saya tidak dimasukkan dalam laporan PAC 1MDB 2016, kata saksi


BEKAS pengerusi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini sebahagian daripada keterangannya dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2016 mengenai 1MDB tidak dimasukkan.

Beliau memberitahu banyak perkara yang dinyatakannya semasa prosiding PAC tidak dimasukkan dalam laporan jawatankuasa tersebut.

“Saya nyatakan empat perkara yang tidak disebut dalam laporan akhir PAC itu.

“Cara keterangan saya ditulis dalam laporan PAC (menunjukkan) saya tidak silap. Ia tidak bermakna apa yang anda baca dalam laporan PAC mewakili apa yang saya kata,” katanya semasa pemeriksaan balas hari ini.

Bakke, 68, merujuk kepada empat syarat yang ditetapkan oleh lembaga 1MDB untuk usaha sama dengan PetroSaudi diteruskan.

Bakke saksi ke-15 dalam perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak kerana menyeleweng RM2.28 bilion dana 1MDB.

Najib menghadapi 25 pertuduhan - empat kes salah guna kuasa dan 21 kes cuci duit - untuk kesalahan yang dilakukan antara 2011 dan 2013.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah dan Bakke kemudian bertengkar mengenai laporan PAC

Shafee bertanya sama ada saksi berpgegang dengan keterangannya semasa siasatan PAC.

“Anda beritahu (dalam keterangan anda) apabila dilihat kembali, anda hilang sabar dan berasa bengang terhadap pengurusan kerana tidak mematuhi arahan lembaga pengarah.

“Anda juga kata, anda tak sepatutnya meletak jawatan.”

Bakke kemudiannya berkata: “Ingatan saya masih sempurna. Saya tak tahu dari mana anda dapat (kata-kata) ini. Saya kata, ‘jika dilihat kembali, saya tak sepatutnya berkhidmat dengan 1MDB’.”

Hakim Collin Lawrence Sequerah kemudian memberitahu Bakke, sebagai saksi, beliau perlu menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.

Bakke kemudian berkata beliau pengang dengan keterangannya, menambah kenyataan penuh untuk prosiding itu tiada dalam laporan tersebut.

Laporan PAC mengenai 1MDB dikeluarkan pada April 2016.

Menurut PAC, sesi itu dijalankan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi.

Ini diikuti dengan wawancara dengan Bakke dan bekas CEO Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Bagaimanapun, laporan itu tidak membabitkan Najib Razak dalam skandal dana kekayaan negara.

PAC telah mengenal pasti kegagalan pengurusan 1MDB untuk melabur tanpa sebarang usaha wajar dijalankan, iaitu mengepam AS$1 bilion dalam usaha sama dengan PetroSaudi International Limited (PSI). – 16 Mei, 2022.



NAJIB RAJAPAKSA

SEDANG

 MERANCANG

AMIN

BUKAN HANYA

DENGAN SAITRO

TAPI DENGAN

IMEJ

KAH KAH KAH

RAYA DGN AGONG

BERSAMA SUAMI

KAH KAH KAH

JARANG DILIHAT

DENGAN SUAMI

MAKHAMAH PUN

TAK DTG BANTU

SUAMI

AMIN

BINI BARU

TAKDA DILIHAT

AMIN

ADA NGO

MINTA AGONG

AMPUNKAN

KAH KAH KAH

KALAU AGONG

AMPUNKAN

KES SRC

ADA LAGI 

KES 1MDB

KAH KAH KAH

AGONG NAK

AMPUN LAGI KE ?

KAH KAH KAH

KHALAS 

BERAPA KALI

MAHU AMPON

DAAAA

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AGONG NAK
AMPUN LAGI KE ?
KAH KAH KAH

Agong takkan la ampunkan orang kaya jeee?
orang miskin yang buat salah tak berasa nak ampun kan ke?

jika ampun boleh menjadi ciri2 agong yang baik tentu agong akan senaraikan
kesalahan kecil yang orang miskin tersalah terlanggar ter tak boleh ikut sebab peraturan2 kerajaan yang memerintah ni menyusahkan.
contohnya roadtax cukai jalan mati, lesen mak nenek kena renew pun mati, orang miskin curi milo, naik motor tak pakai helmet, potong barisan di jalanraya...
semua kesalahan tu bukan melingkupkan ekonomi negara pun kenapa agong tak nak bagi ampun?
dah la kena saman kena bayar denda waktu itu juga. takda belas kesian untuk orang miskin yang bertungkus lumus cari duit halal kemudian bayar cukai ke kerajaan lagi.

kerajaan penyamun pula enjoy de menjoy joli duit cukai rakyat tu berbilion. tubuh syarikat glc bagi gaji rm200ribu sehari meniaga rugi pun masih boleh dibantu dengan duit cukai orang miskin.

kesian kan hidup jadi orang miskin ni? huhuhu