UMNO belum putuskan mesyuarat tentukan status Muafakat Nasional
BANGI – UMNO masih belum menentukan status kerjasama parti itu dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN).
Naib Presiden UMNO, Mahdzir Khalid berkata, setakat ini mesyuarat bagi membincangkan kerjasama itu masih belum diadakan.
“Belum lagi adakan mesyuarat bagi membincangkan (mengenai status Muafakat Nasional), saya sebut apa-apa keputusan parti akan buat,” katanya ketika majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Bangi, sebentar tadi.
Mahdzir diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai kedudukan MN yang dibina UMNO bersama Pas pada 2019 akan dimuktamadkan tidak lama lagi oleh UMNO.
Semalam Mohamad berkata, apa-apa kenyataan daripada orang-orang dalam kedua-dua parti hanyalah bersifat pandangan semata-mata.
Mohamad turut berkata, segala keputusan akan dibuat oleh kepimpinan parti.
2 ulasan:
Inilah contoh Naib Presiden yang tak ada perasaan. Masa PRN Melaka dan Johor, PAS duk dengan Bersatu, apa PAS tak kata pada Umno, sampai disamakan dengan itik path kaki. La ni PAS tahu Bersatu parti haprak, nak tunjuk dengan Umno, dia boleh cakap belum muktamad. Nak kena kencing lagi ke dengan Pak Lebai. Aku sokong orang macam ni tak dipilih oleh Presiden untuk PRU 15. Perabih beras je.
Muafakat hanya untuk penting diri kroni keuntungan, alasan atas nama bangsa agama, semua tahu, kalau pancut tak habis tak guna, dah bayar tak payah kacau dah pancut blah blah kah kab kah
Catat Ulasan