Isham pula cabar Dr Mahathir untuk wacana terbuka
KUALA LUMPUR – Selepas debat perdana antara nakal banduan Najib bekas bandun Anwar Ibrahim berakhir pada Khamis lalu, satu lagi cabaran wacana terbuka dibuat oleh Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil.
Isham mencabar bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad untuk berdebat dengannya secara terbuka.
“Kepada Yang Berhormat Tun Mahathir, dengan segala hormat saya ingin menjemput Tun untuk berwacana dengan saya pada bila-bila masa yang Tun berkelapangan. Bukan untuk berdebat atau berpolitik, tetapi untuk berwacana secara terbuka untuk bincang berkenaan dasar-dasar dan hala tuju negara secara ilmiah dan berhemah.
“Contohnya berkenaan isu matawang ringgit yang kian lemah, soal ekonomi, isu ‘Rule of Law’, dan masa depan Malaysia dan cadangan-cadangan penyelesaiannya,” cabar Isham, hari ini.
Jelas Isham, cabaran itu diketengah olehnya yang mewakili golongan muda di negara ini bagi mendapatkan penerangan secara jelas daripada terus berbeza pendapat di media sosial.
“Oleh itu daripada Tun dan saya asyik komen dan berbeza pandangan di Facebook sahaja, mungkin elok kita bersemuka dan bertukar pandangan secara terbuka.
“Wacana ini mungkin akan dapat mencabahkan pemikiran dan membantu kita dan rakyat melihat pandangan-pandangan dan penyelesaian dari perspektif generasi Tun dan juga generasi saya untuk kepentingan masa depan Malaysia. Jika Tun sudi, kami amatlah berbesar hati,” katanya lagi.
3 ulasan:
Wahai Isham Jalil, lu ni sapa sebenarnya. Ajak Tun M berdebat pasal ekonomi dan hala tuju negara. Kenapa tak ajak Tg Zafrul, Azmin dan sebagainya. Kàlau rasa nak idea Tun M untuk negara, bukan dengan cara debat. Lantik Tun jadi Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi.
mat lancau ini perasan diri lancau nya lebih besau pd lancau negro. itu pasai dia dok cabar sana cabar sini. tun m ramai panglima2nya. berdepan khairudin pun lancau matlancau kecut sampai hilang. kalau rasamasihbesau sangat,ngendeng2 lah dgn makbadak
Nak tunjuk terer,sbb dah dekat nak pru.carik publisiti murahan untung2 nama naik jadik calon. Mana zaman dah umno nie,budak muda dah x sokong. Umno nie ibarat lagu zmn Nat king Cole,budak muda apa zaman generasi pun x dengor. Umno nie kategori dinosaur,dia mesti pupus utk bumi nie ada manusia,mcm tu la umno,utk bumi melayu truih jadi bumi melayu,umno mesti dipupuskan.
Catat Ulasan